NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Cerita Raya 2016 & Throwback~ 1::

17 July 2016

::Cerita Raya 2016 & Throwback~ 1::

assalamualaikum...


hai gaiss, baru menyempat bersiaran walaupun dah bertongkol idea menulis datang...apapun sebelum syawal berakhir, tentulah nak sharing moment raya kali ni... alhamdulillah tahun ni turn belah suami beraya, walaupun rumah takde jauh sangat pun,maklumlah kahwin satu negeri,  syahdu tau bila beraya jauh dari makayah tambah-tambah turn adik kakak tahun ni semua belah kelantan, jadik tak menyempatlah kitaorang berkumpul, bergosip dimalam raya...huwaaaaa, sebab momen nilah yang paling mahal antara kami adik beradik...sedih iollss, so tahun depan even dah turn belah kita plak, tapi adik beradik lain semua turn belah suami masing-masing, tetap juga sedih sebab moment berkumpul ramai-ramai tak dirasai at myside...sadisss betul kalau camnilah aturan balik kampung..


apapun, tahun ni i'm so blessed sebab diberi peluang oleh mak mertua untuk menguasai dapur, hihi...so tahun ni me as menantu memasak kat dapur ma, sebab tahun-tahun sebelum ni raya terlalu pelbagai moment raya kitaorang kami suami isteri dan kebanyakan tahun sebelum memang diakui takde mood 7 feeling raya betul-betul like this year. Tahun pertama beraya sebagai husband wife and as parent kitaorang beraya kat wad NICU kes kelahiran pramatang anak sulung, raya kedua alhamdulillah beraya dalam pantang kes kelahiran anak no.2, raya ketiga dan keempat no preggy moment & confinement tapi sibuk breastfeedkan si haddad yang suka mengempeng & soooo clingy, tapi raya kali ke5, feel so thankful sebab dapat beraya 5 beranak betul-betul rasa feeling raya, dan yang penting elok-elok je dah habis pantang tapi ujian-ujian lain pula menduga. itulah, hidup tanpa ujian, tiadalah kekuatan, ketabahan, kesefahaman, kepercayaan & harapan. alhamdulillah.



so cerita raya kali ni, mak mertua beri kepercayaan untuk ika masak jamuan raya for the first day...the menu Nasi beriani, Kerutub Kambing, ayam masak pedas & kuzi ayam, the rest 'special rendang tok' mestilah wajib dari air tangan mak mertua anak-anak nak makan...hihi...gambar, sorry memang tak menyempat nak snap...kiki, paling best tahun ni dapat mkan KELAMAI...Allah plan penuh rasa cinta, alhamdulillah, siapa sangka tahun ni dapat merasa kelamai rentetan episod mengidam..tapi tak menyempat buat biskut 'tat nenas klasik/tat mawar'..memandangkan settle memasak sebelum midnight, alhamdulillah esoknya memang happy senang & lapang untuk berfoto shoot raya...berbanding tahun-tahun sebelum rasanya tak banyak gambar raya melainkan sempat selfie wefie aje..


Lupa pula, the best moment ramadhan tahun ni alhamdulillah dapat berpuasa kat kampung sepenuhnya, so bergilir-gilirlah bukak puasa in a week rumah makayah & parents in law..kiki, heaven betul tahun ni, makan buka puasa semua menu diidamkan dapat..dan sepanjang perkahwinan seingatnya dua kali sahajalah sempat berpuasa bersahur bersama-sama suami dirumah banting, the rest tahun pertama kedua, dalam pantang, tahun ketiga keempat kat banting, tahun kelima kebetulan memang suami dah diberhentikan kerja, makanya balik kekampung setelah misi yang dirangka terpaksa hold dulu sambil tunggu ma balik dari mekah.. cerita yang ni sambung kemudianlah...kita raya dulu...haahah



till then..bersambung, xoxo


No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign