NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Warisan Rimba, Hutan Lipur Kemensah Belakang Zoo Negara:

08 March 2016

::Warisan Rimba, Hutan Lipur Kemensah Belakang Zoo Negara:

Aktiviti hujung minggu mesti keluar dari rumah, tapi bukanlah every weekend kitaorang keluar, adalah about one month kitaorang selang seli lepak rumah, bersihkan rumah...hihi, plan mengejut tu dah biasa, so memenuhi waktu hujung minggu kitaorang ke air terjun sg.kemensah belakang zoo negara. Memang ramai yang tak tahu lokasi perkelahan yang kaya dengan khazanah alam ne termasuk kitaorang, lagi2 plak nak yang bajet je...hahah, so bawak bekal tu memang wajib so siap-siapkan bekal pagi tu terus kitaorang turun so takdelah lewat sangat sampai. Ikutkan kat sana memang banyak chalet dan wakaf-wakaf yang dibuat orang kampung untuk aktiviti camping, berkelah dan mandi-manda dan semuanya dalam bajet murah if nak duduk lepak seharian.



Disebabkan kitaorang dah google dan pilih yang mana tempat sesuai untuk anak-anak main dan lepak seharian hingga ke petang, so warisan rimba chalet menjadi pilihan, sampai tu memang dah ramai tapi sempatlah kitaorang amik satu bilik untuk senang lepak-lepak, makan baring sementara nak habiskan satu hari tu...heheh. Dapatlah dalam RM30 kalau tak silap untuk seharian tanpa bermalam. Apa yang best kat sini tuan tanah buat kolam dimana pengunjung ada pilihan nk mandi jeram atau kolam. Kolam tu pun sumber air dari bukit jugak..so memang anak-anak main kolam sepuas hati separuh hari sampai tak ingat makan minum..naik dari kolam pun kes dah lapar sangat...pastu sambung mandi air jeram sekejap then mandi kolam balik sebelum naik bersihkan diri...



punyalah bersungguh aktiviti mandi sedar-sedar dah petang, so kitaorang bersiap-siap nak balik, sedang je on the way keluar dari hutan lipur kemensah, hujan mula turun...alhamdulillah cantik je aturan, anak-anak asal kereta dah gerak memang tertidur keletihan..hihi, so yang nak bercuti dengan alam sekitar tempat ne recommended lagi2 kalau nak berBBQ ramai2..




Ditulis 28 disember 2015
11.30am

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign