NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Unit Kecemasan Hospital Putrajaya::

11 March 2016

::Unit Kecemasan Hospital Putrajaya::

Peristiwa anak cirit birit,muntah berterusan, selsema, batuk dan demam tak kebah by pakej memang menakutkan. Dan pengalaman tu akan menjadi ingatan dan kenangan kami suami isteri sebab tu first time pengalaman kami bila anak tak sihat by pakej macam tu. Sebelum ni Ahmad harraz tak pernah sampai tahap tu,paling lama 2 hari..namun Allah nak uji kan, yg penting alhamdulillah semua selamat.


Bermula dari batuk dan selsema, Ahmad harraz mula buat berak dan muntah yang berterusan, susu xnak minum makan memang lagilah awal-awal dah tolak, bila dah macam tu kami bawa pergi Klinik disebabkan Ahmad harraz spesis payah makan ubat, makanya pakej tersebut makin melarat sehinggakan suhu badan meningkat mendadak disebabkan badan dah dehydrate, air xnak minum so masuk hari ke-5 selepas kesan ubat kat Klinik takde progress kitaorang decide nak bawa ke hospital dan kitaorang expect memang kena tahan wad kena masuk air ke ape kan,so memang dah standby bawak segala kelengkapan if kena stay kat wad.


So dalam pukul 12.30tengah malam kitaorang tergesa-gesa keluar dari rumah menuju ke hospital putrajaya disebabkan Ahmad harraz panas tetiba kalau ikutkan siangnya dah kebah dan muntah pun berkurang cuma he really weak and no energy..memang menyedihkan kalau ingat, so terus sampai kat kecemasan dalam pukul 1pagi lebih camtu terus daftar dan menunggu rawatan awal dalam sejam lebih alhamdulillah terus masuk dalam bilik rawatan, kena masuk ubat ikut punggung then tunggu jumpa doktor dalam 2 jam menunggu, akhirnya dapat jumpa doktor. Walaupun terlalu ramai pesakit Allah permudahkan segala urusan. Alhamdulillah Ahmad harraz tak kena admit wad, about 5.30pagi semua selesai..cumanya kitaorang lakibini memang kena paksa Ahmad harraz makan ubat,kalau tak suap dia muntahkan balik. Syukur hari kedua selepas pergi wad kecemasan putrajaya, lepas paksa ontime makan ubat Ahmad harraz nampak lebih semakin sihat walaupun still lemah, yelah about one week jugak muntah dan berak.


Nak dijadikan cerita dan ujian buat kami, selepas hari kedua Ahmad harraz dah nampak proses  recovery, disebabkan kami pun dah keletihan sebab tak cukup tidur, pencuri masuk rumah pun kami tak sedar, ditambah elemen pukau. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat cumanya semua dokumen penting dalam beg hilang, sebab semua my beg dan beg suami kena rembat..even though masih teringat-teringat peristiwa tu alhamdulillah yang penting nyawa dan keselamatan kami sekeluarga selamat. Insyallah segala ujian ada hikmahnya..redha dan positif atas segala dugaan insyaallah ada ganjaran terbaik Allah bagi...k daaa
Ditulis pada 28 disember 2015
10.45am

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign