NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Penginapan di Agrotek Resort Hulu Langat Selangor::

24 February 2016

::Penginapan di Agrotek Resort Hulu Langat Selangor::

Hujung minggu kalau tak isi dengan apa-apa aktiviti memang terasa rugi...hihuu,memandangkan hujung-hujung tahun start dari tengah September dah bermula musim hujan, maka bila ada hari yang cuaca panas sikit terus kitaorang ambil peluang bawa anak-anak keluar jalan-jalan. Tapi nama lagi dah musim, panas sekejap2 je lepas tu hujan turun. So nak bawa anak-anak mandi jeram musim ne memang tak lah,tu cari penyakit namanya..tapi disebabkan nak juga gembirakan hati anak-anak bawa diorang ke agrotek resort kat Hulu langat.



Kat sini kalau nak menginap memang kena book awal2 tambah-tambah hujung tahun banyak company dan agensi kerajaan buat kursus/seminar dihujung minggu nak habiskan bajet yang ada. Kitaorang memang bab nak menyibuk sesakkan tempat memang kalau boleh elak kitaorang elak. So hari ahad selepas kebanyakan penginap kat resort agrotek dah check-out kitaorang baru sibuk nak check-in masuk. Memang senyap sunyi lah resort sebab hujung minggu dah nak habis orang sibuk nak prepare masuk kerja tapi kitaorang baru sibuk nak bercuti..bahaha



Tapi seronok lah sebab anak-anak nak main bebas, tak sesak penuh dalam kolam jeram macam kan kitaorang sewa satu resort plak...hihi,just stay a day je dari tengahari ke lewat petang, memandangkan kitaorang duduk halfday je kat bilik, maka caj penginapan pun dapat separuh je lah...kikiki. Korang yang berhajat nak buat familyday, agrotek resort hulu langat ne memang recommended sebabnya selain kemudahan yang lengkap kat sini juga ada restoren yang mudahkan korang untuk makan,tak payah cari makanan luar dah,masakan pun sedap..pakej family pun memang murah..next time maybe, boleh bawa family besar plak kat sini...k daaa






Ditulis pada 26 disember 2015
10.55 am

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign