NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::PetroSains KLCC Kuala Lumpur-1::

02 January 2016

::PetroSains KLCC Kuala Lumpur-1::

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabaraktuh


Perasan tak tahun ne kita sambut maulidur rasul 2kali...1436H jatuh pada 3 Januari 2015, dan kali kedua 1437H pada 24 Disember 2015. Sempena cuti maulidur-rasul 2015 1436/1437H kitaorang bawa anak-anak ke petrosains KLCC lagipun umur diorang dah tahap meneroka & belajar sambil seronok-seronok...kiki, cadangan ke petrosains tentu-tentulah dari suami..behehe. Kalau ikutkan plan asal nak pusing-pusing zoo, tapi memandangkan mak buyung tak larat berjalan dibawah mentari, maka Petrosains adalah pilihan yang ok tapi bukanlah terbaik sebab musim cuti sekolah kan, dan juga public holiday..maka faham-fahamlah sendiri betapa sesaknya dalam petrosains tu apatah lagi klcc.


Memandangkan kitaorang lakibini pun first time pergi petrosains, so sampai kat sana sedang-sedang je masa sebelum orang bersesak-sesak dalam pukul 11 , tempat parking siap boleh pilih2 dan yang penting masa beratur nak beli tiket tak ambil masa yg lama..dalam 20minit ke setengah jam,hihuuu...actually lama sangat dah tu memandangkan orang ramai sangat, kira dah okla beratur selama tu. So sempatlah bawa Ahmad Harraz pusing-pusing kawasan sebelum datang perasaan boringnya tambah2 lagi tengahari waktu tidur diorang. Harga pakej keluarga yg kitaorang dapat dalam RM31++, masa beratur beli tiket tu ready terus dengan IC dan mykid anak2 dan pembelian tiket dapat 10% diskaun kalau tunjukkan kad mesra petronas. So memang jimat sangat la kan...hihi. Tiket masuk plan beza setengah jam setiap kemasukan..kitaorang dapat tiket masuk pukul 1.30tengahri.


Nak tunggu pukul 1.30 tu kitaorang settle hal anak2 dulu sebelum masuk, nasib baik bawak bekal..so suap anak2,diorang minum susu n tukar diapers (actually nak free diapers kan anak2,tapi misi belum berjalan lagi...huu). Settle semua baru kitaorang naik balik masuk kat bahagian pameran Illusion dulu sebelum ke bahagian   pameran petrosains. Lagipun masa kitaorang naik nak beratur masuk tu ya ampun panjangnya..dalam 50minit ke sejam lebih nak lepas masuk. Nasib baiklah disebabkan kesesakan yg luar biasa, staff petrosains mencadangkan sesiapa yg tak nak naik train terus bypass naik lif ke pameran..fuhh memang lega, kalau tak entah pukul berapa baru boleh masuk. Anak2 pun dah tunjuk muka monyok mengantuk dah,risau lah kotnya buat perangai kalau dah mengantuk macam tu. Alhamdulillah perut masing2 dah kenyang,so takde risau sangat kalau tak memang tunjuk perangai tak pasal2 burn camtu je tiket...hihuuu. Kitaorang pusing2 dalam pameran illusion tu pun memang sekejap je,dalam 20minit sebelum 1.30ptg, then lepas tu terus bypass naik lif ke tingkat 5, tu pun sempatla jugak merasa beratur..kikiki,apedehal kan, datang lagi musim camne,tulah makannya..so nothing to merepek nanti sambung next entri plak...hihi





Ditulis pada 25 disember 2015
5.29pm




No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign