NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Warisan Pahlawan Resort Kuala Berang, Terengganu::

07 May 2015

::Warisan Pahlawan Resort Kuala Berang, Terengganu::

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh..semoga pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu...



Alhamdulillah, chinese new year haritu kitaorang sempat dan dipermudahkan untuk berfamily day. Even last minute pencarian tempat percutian direzekikan kitaorang dapatlah jugak penginapan diterengganu, walaupun perancangan asalnya kitaorang nak bercuti kat Taiping, tu pun nasib baik jugak tukar plan kalau tak makan jem jelah kat Taiping tu..orang nak beraya kita sibuk nak bercuti, bahaha..tambah pulak memang kampung diorang kat sana, saja je kan nak cari pasal nak tambah kesesakan kat sana. Nak dijadikan cerita, walaupun last minute dapat resort ne, memang kami semua berpuas hati dan yang paling penting semua jatuh cinta dengan warisan pahlawan resort. So pilihan yang tepat untuk bercuti Kali ni. Walaupun keadaan rumah kayu yang tak berapa sesuai if ada anak2 kecik macam kitaorang sebab dari segi keselamatan tu agak berisiko disebabkan rumah kayu tinggi, alhamdulillah semuanya under control sebab Ahmad harraz dan Ahmad Haddad dah biasa dengan rumah tinggi, rumah kayu pasal rumah tokayahnya macam tu-_-". Alhamdulillah.. Hihihi


Sampainya kat sana, memang kebetulan family kitaorang aje yang check in hari tu, esok tengahari baru ada family lain yang turut sama bermalam kat warisan pahlawan resort ne. Warisan pahlawan resort ne so antic sebab salah satu rumah penginapan adalah rumah asal mat kilau, dan paling penting tuan punya resort ne sangat lah baik dengan layanan yang teramat bagus. Siap sediakan tempat BBQ yg best, masakan yg best termasuk nasi dagang terengganub yg awesome tukang masaknya owner resort sendiri yg buat. Yang paling penting scenery kat warisan pahlawan resort ne so kampung. Korang datang nak bercuti bolehlah jadikan warisan pahlawan resort satu tempat pilihan bercuti. Sama ada nak duduk bilik2 ke, tempah 2 3 rumah ke if family besar, bercuti kat sini memang berpatutan. Nak cari tempat makan pun banyak sekitar pekan Kuala berang. Kalau tak nak keluar makan pun boleh makan kat restoren resort pun dah puas hati, boleh request ikan2 air tawar like ikan kelah dgn masakan kampung etc. Memang tempat ne tempat betul2 bercuti, if nak pergi Bandar Kuala terengganu memang take a time about 1 hour & half. So kalau korang betul2 nak berehat dan buat aktiviti keluarga hanya kat satu2 tempat, this is the place, sangat berpatutan plak tu. tq sudi baca...daaa

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign