NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Ketahui Langkah Penting Sebelum Memulakan Program Kurus Shaklee::

03 April 2015

::Ketahui Langkah Penting Sebelum Memulakan Program Kurus Shaklee::

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh..semoga pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu...




Actually, ramai yang pening mana satu yang betul konsep kurus ne? ada yang cakap kena buang dulu, bakar lepas tu baru bina, ada juga yang cakap Bakar, Buang, Bina...bagaimanapun langkah konsep itulah kitarannya tak kiralah yang mana dulu, jangan pening-pening ye, asalkan kita penuhi ikuti konsep 3B tersebut insyallah boleh kurus. Nak kurus banyak benda control, air kena minum banyak, makan kena kawal, dan yang penting senaman kena buat juga. Dalam program Slimming, 20% senaman diperlukan untuk kita kekal fit tau. 



First step Sebelum nak kurus kena fahamkan dulu konsepnya dulu. Dalam kita nak kurus, benda yang kita kena buang dalam tubuh kita adalah toksin. Makanlah apa produk pun, tapi kalau tak buang habis toksin dalam tubuh memang payah berat badan nak turun. tu sebab pentingnya detox.Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.





Step Kedua Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.





Step Akhir Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.Protein penting untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. 
Contoh makanan yg kaya protin ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang ayam,dan tauhu. Untuk mendapatkan kesan kurus dgn lbih cepat, anda boleh cuba Cinch Shake Shaklee. Cinch Shake Shaklee membantu kurus dengan lebih berkesan. Ibu-ibu yang menyusukan bayi tidak digalakkan ambil Cinch Shake ,tetapi boleh gantikan ia dengan ESP/ MealShake .


So, dah fahamkan konsep kuruskan badan?!!nak kurus pun kena tahu cara tau, karang lain mendapatnya..So sekarang dah boleh teruskan capai target nak kurus!tq sudi baca...daaa





No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign