NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Beza dari Hasil Cepat, Tepat dan Lewat::

02 February 2015

::Beza dari Hasil Cepat, Tepat dan Lewat::

erm, skemanya tajuk tapi macam no point apa yang nak yang diceritakan je, kan?hmm ayat pun berbelit-.-'. Just reminding myself post tentang SOLAT, solat tiang agama, solat perkara pertama dihisab dan bagaimana rupa dan cara kita menjaga solat kita. Nak ceritakan pengalaman sendiri bilamana solat kita ditepati dan awal waktu apa kesannya. Dulu memang payah nak solat diawal waktu sebabnya banyak faktor, anak nak menyusu, anak meragam dan faktor paling besar diri sendirilah yang suka bertangguh, kejap lagi, nanti dulu, tunggu lepas habis drama ne, etc etc sudahnya akhir waktu jugak dirikan solat hmmm-.-''. Sekarang berusaha memaksa diri untuk solat diawal waktu walaupun kadang-kadang terbabas jugak jadi lewat, tapi alhamdulillah bila jadi macam tu nampak dah hikmah sebenar bila kita jaga waktu solat dan solat di awal waktu. Sangat berbeza sebab bila terus solat diawal waktu terasa betapa panjangnya masa dilalui sehari-hari, rasanya macam dah buat semua benda alih-alih tengok jam baru sekian-sekian. Beza pula kalau solat akhir waktu terasa kelam kabut, tengok anak-anak lagi rasa kelam kabut beheheh. yang paling nyata sekali terasa pendeknya waktu padahal buat tengok jam dah sekian-sekian kerja rumah tak settle lagi ni. yes!!that exactly what i feel..pointnya jagalah solat kita, walau sesibukmana urusan seharian mari kita paksa diri be punctual dengan masa yang Allah dah tetapkan. 
credit pic:2.bp.blogspot.com


Begitu juga hidup jika kena gaya kita buat sesuatu dimasa yang tepat dengan benda yang betul tak mustahil kita berjaya dalam masa yang singkatkan? Allahurabbi hidup ne serba serbi Allah dah sediakan semuanya untuk manusia, tugas kita hanya taat, patuh, ikut segala yang diperintahkanNYA. Moga kita menjadi manusia yang berpesan-pesan akan kebaikan. insyaallah, hanya nukilan dari pendosa. daaaa 

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign