NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Putu Halba & Ikan Puyu::

23 December 2014

::Putu Halba & Ikan Puyu::

hmm...musim hujan memang menggamit memori silam...dalam memori musim hujanlah paling disukai, sebab boleh makan sedap-sedap, boleh tidur selenanya dengan cuaca sejuk, yang penting boleh main hujan dengan sengaja. Kadang-kadang rasa nak ajak anak-anak mandi hujan, nak diorang rasanya how enjoy and how feeling to have fun in rainy day..tapi hujan sekarang tak sama dengan hujan dulu, sebabnya hujan sekarang bertoksik, tak suci macam dulu..hurm, kalau ada kesempatan balik kampung dan hujan masih turun, nak sekali ajak anak dan sengaja basahkan diorang dengan air hujan..kat kampung udara pun masih terjamin bersih, buktinya ahmad harraz pernah selsema batuk dan kebetulan waktu tu nak balik kampung, duduk dikampung beberapa hari alhamdulillah terus sihat dengan izin Allah. i'm so agreed dengan doc. ahmad, homeopathy expert...salah satu punca penyakit kita dari udara yang terlalu kotor, persekitaran kita dah terlalu rosak dek tangan manusia.
Musim hujan ne mulalah tekak nak makan putu halba, ikan puyu sepat goreng garing gaul nasi panas2 dengan sambal pedas kering...perghhh!! Memang bertambah-tambah makannya. Lepas makan sambung tido berselimutkan toto pulak. Bukan toto nombor tikam2 ye-_-". Zaman kanak-kanak zaman the best sebab asyik fikir main dan berseronok je. Kalau musim hujan memang musim yang ditunggu-tunggu. I'm little bit boyish dan ganas sikit masa zaman kanak-kanak. Juara panjat pokok, juara main besbol kaki tiga dan juara singa betina sebab garang bahaha:p. Musim hujan laju je turun main hujan, kena marah belakang kira asal boleh basah bermandi hujan...masa ne sibukla dengan sepupu sepapat pergi ke baruh kutip siput sedut nga mancing/memukat ikan darat. Sibuk jugak mengukur bila air sungai nak naik, sehari 4 5 kali sehari pergi ke baruh pergi check air dan naik takat mana, kalau dari rumah tengok air dah memutih naik terus rasa melonjak2 gembira perasaan..tak sabar nak main banjir..kalu air banjir tak sempat naik kat kawasan rumah, sengajakan diri pergi ke Padang/ baruh kes nak selam kaki bagi kena jugak air banjir..behehe:B
Biasanya hari pertama air naik tak berani lagi nak main banjir sebabnya air banjir still Kotor dan bermacam binatang besar kecik tengah sibuk menyelamatkan diri like lintah lipan dan macam2 lagi. Air dah tinggi banyak sikit dan lebih bersih baru kitaorang ramai2 terjun main air. Bahagian mak ayah pulak sibuk kemas itu ini selamatkan barang2. Mak pun memang sibuklah kena rajin2 kan diri masuk dapur pasal seisi rumah asyik lapar je manjang kan?!. Lepas tu bila banjir dah reda pun rasa seronok jugak sebab kena cuci lantai dinding rumah sambil main air. Kenangan musim hujan memang menyeronokkan dan kenangan itu akan terpahat di memori sepanjang hayat. Insyaallah..daaa

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign