NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Ujian & Bazar Ramadhan 2014::

09 July 2014

::Ujian & Bazar Ramadhan 2014::

alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati bulan penuh rahmat ini..ramadhan kali ini sangat bermakna like i said in previous entry diberi kesempatan untuk bangun menyediakan makan sahur dan juadah berbuka untuk suami..huu. Bila memikirkan kita masih ada suami yang mengambil berat tentang kita dan anak-anak, terus saja rasa sedih dihati atas pemergian suami sepupu rapatku sejak kecil lagi yang baru kehilangan suaminya dalam kemalangan kereta perisai dikuala kangsar baru-baru ni..Allahurabbi beratnya dugaan sepupuku hadapi. Berita tu sangat mengejutkan kami, apatah lagi baru je rasa kegembiraan diorang boleh duduk bersama setelah setahun lebih bergelar pasangan jarak jauh. buat sepupuku fatihah ismail, moga dirimu diberi kekuatan dan keteguhan untuk meneruskan hidup disamping buah hati pengarang jantung hasil perkongsian cinta hatimu. Tabahlah dengan ujian Allah, ya!!sesungguhnya bercakap tidak semudah yang menanggung, namun aku tahu dirimu kuat, kuatlah demi anakmu..Sesungguhnya Allah punya perancangan yang baik untukmu diatas ujian ini. Insyaallah, segala ujian dariNYA bukti Allah sayangkanmu. Kuatkan semangatmu, insyallah kami sentiasa dibelakangmu, menyayangimu dan sentiasa menyokongmu dalam apa jua keadaan, insyaallah.. Al-fatihah buat kop. che Patanah Ismail, moga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin

Dibulan ramadhan ne juga banyak ujian tambah bab nafsu membeli terutamanya membeli makanan kat bazar. So far, alhamdulillah tak menyempat lagi singgah membeli juadah kat bazar. Masak kat rumah lagi puas hati. huu, tapi yang peningnya nak fikir menulah kan? few reason kenapa kita orang laki bini tak nak beli kat bazar tahun ne, my hubby of courselah sebab bini ada kan, masak lebih jimat dan memenuhi selera, for me pulak, beli bazar tak memenuhi selera dan tak berbaloi dengan duit yang keluar..so, untuk yang bekerja kalau dah rancang untuk masak kat rumah untuk berbuka itu lebih baik..memandangkan sekarang banyak kes tak menyedapkan hati bila makan makanan dibeli kat bazar better for healthy pilih-pilihla dalam membeli...puasa ne memang, semua nampak sedap je...nafsu je tu. huu.. dan yang peniaga pun satu hal, asal nak untung berlipat kali ganda cepat, asal nak jimat lebihan makanan dijual, ada gamaknya dijual balik makanan tu esoknya pulak,kalau elok lagi boleh dimaafkan, tapi kalau dah sampai dalam dah berulat, hmm ...menjawablah korang dimahkamah Allah nanti, orang nak meniaga, ko nak meniaga jugak, tapi menipu..plak tu pertaruhkan nyawa orang lain..hebat sungguh penangan duit ne, sampaikan buta mata hati dah manusia....nauzubillah, nak buat pahala senang je, tepuk dada tanya iman..moga-moga dibulan mulia ini kita bersaing sebaik mungkin untuk meraih ganjaran Allah yang Maha Pemurah..so far sahur bulan ne untung suami, pasal belom skip sahur kecuali hari ni sebab anakanda main phone sampaikan off alarm set,huu...sudahnya laki bini terbabas waktu sahur, bertuah anakanda....hiiihiii....daaa!!  korang buka ngan apa hari ni?

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign