NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Sakit Belikat & Ramadhan 2014::

01 July 2014

::Sakit Belikat & Ramadhan 2014::

Alhamdulillah masih diberi nafas oleh sang pencipta untuk menikmati ramadhan tahun ne...alhamdulillah, alhamdulillah, tiada perkara yang lebih berharga selain diberi peluang untuk beribadah disamping keluarga tercinta...korang pernah terkena sakit sakit belikat ne?adoii, 3 hari sebelum berpuasa, my family datang menghantar my sis dah habis pantang balik ke melaka, dan kebetulan pula me sakit belikat...Allahurabbi, sakitnya Allah je yang tahu, nak bangun menyusu anak seksa, nak pegang anak dan menoleh kiri kanan lagilah..malam sebelum my family datang mintak tolong husband tampalkan pelekat tiger balm kat belikat yang sakit...orang kata sakit belikat ne sebab urat terbenam, betul ke tidak tak tahulah, so keesokannya legalah sikit tapi tetap tak boleh menoleh kanan kiri...huu-_-"..sebelum ikut family ke melaka jugak, seharian kat rumah, my bonda & ayahanda dapat kesan something wrong with me, maklumlah kan, takkanla nak tunjuk tengah tak sihat time mak pak datang, kihkih, susah hati nanti diorang...sekali dapat detect jugak..hihi, mak kita "eh!!eh!kenapa pulak tu? masa anakanda comel panggil kita, tak boleh nak toleh...terus ayah cakap "haa, sakitla tu gitu!!penat sangat tu sakit belikat tu.. yes, menguruskan anak-anak memang penat!thanks ayah sangat memahami siap tolong urutkan lagi belikat kita...sobbss!!soobbss!terharu...terus hilang rasa meregang kat belikat tu...ayah cakap, itu yang perlu mak ayah datang jenguk anak sekali sekala, tengok keadaan anak...alamak aii, kita lagilah sedih dengar ayat cenggituT_T.....alhamdulillah, aku masih punya mak ayah, terima kasih ya Allah atas pinjaman yang terlalu berharga ne. 
so, ramadhan tahun ne jugak sangat bermakna sebab tahun ne dapat berpuasa disamping suami dan anak-anak, dapat bangun sahur dan berbuka bersama. Maklumlah dua tahun sebelum ne selepas kahwin terus dua tahun berturut-turut pantang kat kampung...muahaha, tak beragak betul..alhamdulillah rezeki Allah bagi, btw tahun ne pun rezeki jugak dapat bersahur, berpuasa dan berbuka bersama suami. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-3 kita berpuasa, diharap kita diberi kekuatan untuk menjaga segala anggota badan turut sama berpuasa termasuk jari-jemari yang comey lottey ne menaip yang baik-baik sahaja.moga dapat kawal nafsu makan semasa berbuka dan dapat kawal nafsu semasa membeli kat bazar...harap this year boleh kurangkan aktiviti ke bazar..apapun moga Allah sentiasa ringankan tubuh badan kita untuk beribadah kepadaNYA dengan ikhlas...daa, bulan puasa ne pening pula nak masak menu apa kan?!!...daa

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign