NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Tips Bawa Anak Kecil ke Masjid & Pengalaman Mencemaskan!!::

09 March 2014

::Tips Bawa Anak Kecil ke Masjid & Pengalaman Mencemaskan!!::

pengalaman bawa anak kecil ke masjid memang mengujakan...masa ahmad harraz seorang je boleh lagi nak handle, tapi bila dah ada dua ne, err..teruja jugak tapi pengalaman mencemaskan dimasjid buat diri lebih berhati-hati..pengalaman mencemas tu tak pernah pulak rajin nak menaip untuk dikongsi buat pengajaran dan pedoman supaya lebih berhati-hati bila kita ada anak kecil ne..ahmad harraz memang kami dah biasakan bawa dia ke masjid since baby lagi, biasa me letak kat depan supaya lebih khusyuk solat, kalau tak asyikla haku pikir tak pepasal ada orang datang amik budak comel tu masa sujud ke hape kalau letak kat tepi...sudut kat masjid yang sesuai tentulah kat depan sekali dan hujung..rasa selamat sikit nak letak anak..tapi tu lah kan, kita rasa selamat...tapi orang yang dah kreatif buat kerja jahat ne, bermacam cara pulak diorang fikir nak buat jahat...memang buat aku paranoid, lebih paranoid bila dah alami sendiri pengalaman mencemaskan...

so pengalamannya, masa bercuti ke perak awal tahun lepas, me and hubby decide nak solat kat masjid sebab tak nak rush balik ke resort semata nak solat...singgahlah kami ke masjid apa ye, dah lupa dekat kuala kangsar, alaa masjid yang dekat dengan pokok getah tertua sekali tu...so ahmad harraz macam biasa akan duduk temankan ayahnya solat, ahmad haddad pulak with me, semasa nak ambil wudhuk pelik jugak tengok signboard peringatan punya sebesar-besar saiz dekat tempat wudhuk mengingatkan akan peragut, so berdoa dan tawakal supaya ahmad haddad safe on the sofa tepi tempat ambil wudhuk tu, alhamdulillah masa tu ok lagi takde orang pun yang lalu lalang...selesai ambil wudhuk, terus ke tempat solat, kebetulan memang takde jemaah perempuan..bila masuk je ruang solat ternampak cctv dan tanda amaran lagi (mm, pelik pula perasaan masa tu)...dan seperti kebiasaan ahmad harraz masa baby dulu me letak kat depan, same goes with ahmad haddad, biasa kat rumah letak kat tepi je, tapi memandangkan ne tempat public i used to be alert dengan kejahatan yang maha ridiculous...alhamdulillah so far my kids dah dibiasakan bila solat letak kat tepi, so definitely they not cry..namun, mungkin Allah nak menduga, di izinkan Allah seorang makcik yang tiba-tiba datang menegur ahmad haddad yang mulanya ok and happy nak tengok mamanya solat, terus my son menangis sebab tak kenal mungkin, so masa tu makcik tu tanyalah nama, nama panggilan dan umur ahmad haddad..mula-mula me layan jelah...tapi bila makcik tu asyik sebut, "oo, nanti boleh panggil haddad jelah nanti  ...ee, kenapa comel sangat ne, geram nak culik ne!" terus rasa tak sedap hati, sebab terfikir kenapa makcik ne cakap nanti boleh panggil haddad nanti!???macam lah jumpa lagi nanti??tapi i deny my bad feeling, makcik tu still at my side sambil memujuk ahmad haddad supaya stop nangis sambil berkali-kali meminta untuk pegang ahmad haddad...err, masa tu apa yang haku boleh buat??cakap kat makcik tu, dia nangis nak susu ne..lepas tu me susukan haddad dan he's ok after that, jeling-jeling tengok hujung mata makcik tu tengah solat...so letak ahmad haddad, terus solat..tak disangka-sangka makcik tadi datang menegur balik ahmad haddad masa me tengah solat...apalagi?anak haku terus menangis then makcik tu terus angkat my sons, mula-mula ok lagi pujuk kat depan mata, terus hilang haku punya khusyuk..lama-lama makcik tu jalan entah kemana, yang pasti dengar tangisan ahmad haddad semakin menjauh..dalam hati terus berdoa supaya anak dilindungiNYA...tapi haku tak nak disebabkan prasangka baik nya haku, i lost my son... big no!biar haku prasangka buruk masa ne, asalkan anak haku selamat...me cepat-cepat selesaikan solat...alhamdulillah, makcik tu duduk kat stor belakang tempat kain telekung disimpan..then kebetulan pulak my hubby dah siap solat dan tunggu dekat pintu keluar tempat solat tu...me terus ambil ahmad haddad, then makcik tu sekali lagi cakap "kuat nangis ne, kalau tak dah memang culik, comel sangat"...so how should i react with that words..-.-". pergi je  makcik tu my hubby tanya and i cerita details apa yang jadi...pastu my hubby said ''patutlah makcik tu tanya abang ne suami awak ke ayah si anak tu masa dia keluar tadi''...then i ask again"berapa lama dah awak kat pintu ne?"..en.azham cakap lamala jugak masa tu dia tengoklah makcik tu ambil ahmad haddad n perhatikan gelagat makcik tu semacam je...allahurabbi, Allah maha pelindung, kalaulah suamiku takde masa tu...tak tahulah nak fikir macam mana yang jadi...

so if u thinking i'm little bit perasan orang nak culik my son, eh!nak culik takkan bagitahu kot? pleasee u're wrong...kalau tak mana boleh jadi kes baby kat penang kena culik dan dijual dengan harga rm3000, diculik tika si neneknya tengah dok pangku baby tu lagi...hhaaa, jangan cakap tak tahu kes jenayah yang maha dasyat dan diluar kewajaran seorang manusia sekarang. disebabkan duit manusia hilang akal..so haku pun tak nak hilang akal jugak berprasangka baik sangat dalam hal ne, waspada tu perlu sebelum jadi apa-apa yang tak diingini..itulah pengalaman mencemaskan, please be alert ok parents out there zaman sekarang tak selamat...aman lah sangat katanya..nak mengandung beranak bukan senang like a wekk!!wekk!push!push!keluar anak, wahh comel anak kita! kita bertarung nyawa ok, so haku tak nak disebabkan bodohnya haku nak fikir baik-baik sangat pasal orang tak dikenali yang entah dari mana, .rambut sama hitam, hati lain-lain. Amanah Allah ne kena jaga didik sebaik mungkin. Whatever selepas kejadian tu haku fobia sekejap nak bawak anak ke masjid, so sekarang kalau pergi pun bergilir-gilir je pegang, dulu kononnya nak jimat masa dua-dua boleh solat at the same time....tapi sekarang for safety, biar lambat asal selamat..tipsnya bergilir-gilirlah jaga anak, jangan terlepas pandang walaupun sekejap...anak ne dia excited bila duduk dalam ruang yang luas dan lapang seperti masjid, mulalah berlari sana sini..be alert dengan pandangan dan niat jahat manusia, kita tak tahu, tapi kita doa moga kita sekeluarga sentiasa dalam perlindunganNYA..insyaallah, amin. Make sure anak tak ganggu jemaah lain, dan boleh tak boleh, nak larang, budak lagi kan, buat jugak bising..apapun, seronok ajar anak kenali tempat-tempat baru ne..they excited to explore..daaaaaaa

4 comments:

  1. alahai meremang baca story u..i pun ada ank kecil..mmg kena be careful la psni..jenayah mcm2 dh skrg..

    salam kenal :-)

    ReplyDelete
  2. itula, kadang2 memang tak expect mende cam gini jadi...huu, memang beringat sangat lepas kejadian tu.. terasa gagal protect anak..dunia sekarang sangat menakutkan..huuu

    ReplyDelete
  3. cuak jgk bc nk hujung2 tu , nsb suami lps solat trs g tmpt solat wanita . kalau tggu kat park kereta .
    kena hati2 lps ni walaupun x pernah berlaku lg ,sbb sllu bawa g surau @ masjid . ank jenis x takut org main ikut sapa2 je .

    ReplyDelete
  4. mm tu @hayyalindaharis...ha'ah memang kena beringat lagi2 sekarang dah macam2 timbul cerita jenayah kat anak2 kecil..yg kat tangan pun orang boleh rampas selamba je sekarang, allahu memang scary..

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign