NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Short Unplanned Travel #Kuantan::

17 March 2014

::Short Unplanned Travel #Kuantan::

kalau tak peram lelama cerita, tak best pulak ye...haha, 1 mac baru-baru ne, berkira-kira nak ajak suami gotong royong mengemas rumah ibarat tongkang pecah..sekali, suami ajak "jom kita bercuti nak?"...hah, bab mengejut-terkejut ne bagi suamila, semua nak last minute..tapi unplanned travel memang best, walaupun last minute...dan last minute jugak mengemas rumah bagai..maklumlah ada anak kecil ne waktu-waktu tertentu kena hadap ruang bersepah, pasrah walaupun tak berapa suka...hihi, demi anak weii..adoila..selepas suami balik servis kereta, lunch dan solat terus kitaorang bertolak ke kuantan....rupa-rupanya bukan kitaorang aje nak bercuti, orang lain pun sama, sampai sesak dekat tol...dasyat!!dekat highway pun boleh tahan la kereta..ikutkan nak pergi PD je, tapi nak book hotel sume dah penuh hotel yang memenuhi kriteria kitaorang nak...so taktahulah macam mana sesak PD hujung minggu awal bulan tu.. dalam pukul 3 kitaorang bertolak, sampai kuantan pukul 8 terus check-in...lepas check-in kitaorang terus ke Ana Ikan Bakar Petai, makan malam terus...malas angkut barang masuk bilik, kira sekali harung la nanti lepas balik makan...
Sampai aje kat Ana ikan bakar, punyalah ramai tahap ramai sesangat sampai kena beratur nak duduk makan, takde tempat duduk...nasiblah kitaorang terus keluar makan malam, kalau tak...taktahulah siap makan pukul berapa nanti...so dapatlah tempat makan selepas menunggu beberapa minit...suami ambil sotong dan udang je, sotong buat celup tepung, udang masak butter...memang best sotong celup tepung kat Ana ikan bakar ni, bukan cekodok sotong yang pasti...rangup dan fresh, udang masak butter bolehlah angkat ibu jari tapi takleh nak menandingi kesedapan udang masak butter kat bagan lalang...tak ambil ikan bakar sebab takut membazir tak habis, kononnya esok sempatlah singgah sekali lagi sebelum balik pekena ikan bakar..punyala masa makan tu rasa macam pelik dan segan jugak sebab kebanyakan mata-mata yang memandang semacam banyak persoalan..eh?macam mana nak makan?yang anak sorang pun dah kena bergilir-gilir makan, anak dua, kecik-kecik lagi lagilah kan?tapi alhamdulillah, haku berjaya makan dengan tenangnya sambil menyuap ahmad haddad sambil-sambil bergurau..kononnya nak makan sata, tapi takde rezeki, order tak sampai-sampai disebabkan terlampau banyak permintaan, lambat nak membakar nak menunggu, sampai kitaorang dah habis makan, order tak sampai-sampai jugak...huu, sabar jelah, tapi not badlah kira puas hati dapat makan sotong dengan udang tu sebab fresh sangat dan harga pun sangat berpatutan, macam biasa gambar makan tak menyempat, dah masuk perut...alhamdulillah, tepat pukul 10malam kitaorang dah boleh balik hotel untuk rest...tu pun lena kedua-dua hero kecik otw balik hotel.. daaa

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign