NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Bercuti di Kuala Kangsar Perak::

08 January 2014

::Bercuti di Kuala Kangsar Perak::

what a day..percutian ditahun baru masih terasa penatnya, but worth it!!sebabnya anak-anak yang paling happy, al maklum bukan senang-senang nak keluar bercuti dan enjoy...kekangan masa, kewangan, dan paling penting mood nak bercuti baru berbunga-bunga. Timing bercuti pun cantik dan sesuai disebabkan ahmad haddad dah masuk 6 bulan, so apalagi masa ne lah nak suka suka luangkan masa bersama sepenuhnya. Ahmad harraz haritu pun masuk 6 bulan baru bawak pergi bercuti,..solute betul mommies yang abes berpantang terus keluar bercuti...haku??tak sanggup hoii bawak anak masih kecil berjalan-jalan. kesian pun hade, body sendiri pun rasa tak kuat lagi nak berjalan-jalan, so sangguplah haku dok bertapa dalam rumah, keluar pun tempat dekat-dekat je nak tunggu lepas 6bulan, bole??hee...for me umur 6bulan tu takdelah umur terlalu lewat untuk ajar anak-anak travel..alhamdulillah both my sons sangat behave while travelling..so pilihan tempat bercuti kali ne adalah pilihan suami, iaitu kat perak darul ridzuan, kitaorang book resort 3d2n berdekatan dengan Kuala Kangsar..banyak tempat menarik rupanya kat perak ni ye...rasa tak cukup 3hari kat sana...since anak-anak pun macam over excited dengan percutian kali ni, especially ahmad harraz once dia dah boleh berjalan...pepagi jumaat tu kitaorang dah bertolak awal pagi dalam pukul 7, nasibla dua orang hero kecik tu tahu nak keluar jenjalan pukul 6.30pagi dah bangun. kira timing cantik je, siapkan diorang bekal makan pun siap awal macam jadi tabiat pulak asal nak jalan jauh, haku buat bekal..bagus rupanya macam tu kan..sepanjang perjalanan tu tidur je keduanya, stop rest kat rnr Tapah, makan pastu kitaorang sampai di kuala kangsar sebelum tengahari, so sempatlah suami solat jumaat dimasjid Ubudiah yang cantik..me pulak berkali-kali pergi kat bandar Kuala Kangsar sekeping pun tak ambil gambar kat sana...boleh?lepas solat kitaorang terus check in kat resort then petang tu keluar makan cendol dan laksa di MPKK kuala kangsar tepi tasik tu..so gambar ne jelah hado..best cendol kat situ, laksa pun ok not bad..pusing-pusing area kuala kangsar sempat lagi menyinggah pasar malam then kitaorang cari kedai makan malam di dataran arena sebab nak balik rest untuk esok punya plan untuk berjalan-jalan kat Taiping.
next stories kat tempat kitaorang pergi, taktahu lah bila, kalo ikut mood, tengah rajin mengarang ne, tapi tengok anak-anak..tak sanggup woohh, kena layan diorang dulu...k daa

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign