NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Kuih Ketayap & Aiskrim Baba::

13 March 2013

::Kuih Ketayap & Aiskrim Baba::

Bila balik kampung ne, memang rasa tak cukup masa hujung minggu je berkampung, nasiblah tahun ne tiap-tiap bulan ulang balik kekampung...yehuuu...-.-". Walaupun balik kejap, terubat jugak rasa hati dan tekak..sempat jugak mencari nasi arab sepukul after balik kampung..okeilah, not bad jugak nasi arab kat Restoren Saba tu kan...hilang rasa teringin>.<
Cerita kat kampung plak, elok je tayar kereta bergolek kat bumi kelantan pagi-pagi buta terus mencari kuih ketayap dikategorikan sedap banding yang lain dekat kedai nasi pagi kat bandar tanah merah tu sebelum kitaorang sampai ke rumah...sempat lagi..nak cari kat sini memang tak jumpalah, kena buat sendirilah jawabnya..nak buat sendiri tu yang masalahnya..hehe..apapun puas hati, nasi kerabu dapat, nasi berlauk ikan ayo (tongkol) dapat, dan yang penting dapat merasa aiskrim Baba, sedap!!ada macam-macam dalam tu, yang specialnya aiskrim home-madela kan, nak cari memang belah rantau panjanglah baru jumpa ais-krim Baba ni..hihihih..terkebetulan boleh merasa, terima kasih daun keladi buat yang berkenaan..lain kali kita makan lagi..mm, asek-asek kalau balik kampung tak sah cerita bab makan kan?pelik betul...macam pulak kat sini takde makanan, kebulur betul...muahaha..betul kata orang, hujan emas dinegeri orang, mana nak sama dinegeri sendiri..daa=))

1 comment:

  1. Tak payoh gi Rantau Panjang nak makan aiskrim Baba sebab di Kota Bharu pun dah ada dijual. Lama dah. Aiskrim Wawa belakang KB Mall, depan Parkson dan satu lagi dekat cbg 4 Jln Bayam ada jual aiskrim Baba. Wawa ni cuma penjenamaan semula..

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign