NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#VII::

10 August 2012

::Peristiwa & Pengalaman Kelahiran Anakanda Pramatang#VII::

Selesai Dr.Ridhuan jahit belahan, terdengar azan zohor..alhamdulillah semua selesai dengan selamat. Cuma yang paling tak tahan bila sejuk bilik dewan bedah buat diri terketar-ketar yang amat..lama jugak menunggu darah dilantai dimop, siap Dr. khairul sempat bergurau " you untung sebab Dr. Ridhuan yang bedah, jahitan dia kemas dan teliti, biasalah kerja orang Temerloh makan ikan patin ne lain dari yang lain" terus disambut senyuman dengan kata-kata tu, dan menyambung "Terima kasih, nanti saya blogkan tentang Dr. Ridhuan"...terus berderai ketawa di dewan bedah sambil Dr. Khairul menyambung ayat "oo, femeslah Dr.Ridhuan pasne!!"..what a pleasant group of doctor, dalam kesakitan dan kegundahan, hati dihiburkan kata-kata mereka..^_^..beberapa belas minit kemudian katil ditarik keluar selepas diri selesai dibersihkan, terketar-ketar menahan sejuk, lama jugak menunggu kat luar dewan bedah sebelum dimasukkan wad. Sambil menunggu, staff nurse kat situ masukkan tiub haba dalam selimut nak kurangkan sejuk sebab my body bergegar-gegar menahan sejuk yang amat. Dalam 2.30petang, barulah katil ditarik ke wad postnatal. Terus nurse suruh jangan bergerak dan tidur je, tapi nak tidur macam mana punyalah sejuk tak hilang lagi, nak lelap mata pun tak boleh..cuba mengagahkan diri panggil nurse cakap tak boleh tidur sebab sejuk sangat, bila diselimutkan dengan selimut tambahan baru okei sikit dan pesan kat nurse supaya inform my husband yang saya dah kat wad postnatal..lepas tu terus pandangan gelap. Sedar aje, suami dan ahli keluarga dah mengelilingi katil..huhu, punyalah tak sedar tidur..Laju memegang tangan suami sambil bertanya "anak kita macam mana?" sambil menahan tangis..terus suami cakap "awak jangan risau, awak rehat dulu ye..insyaallah anak kita selamat, kejap lagi saya pergi tengok anak kat NICU, nanti saya ambil gambar untuk awak tengok sekali"..hanya mampu mengangguk lemah, dan pandangan terus kelam(kesan ubat bius belum hilang)..





Love&Faith,
Greenapel

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign