NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Tragedi Ikan Sardin/Selayang-_-"::

17 July 2012

::Tragedi Ikan Sardin/Selayang-_-"::

Semalam, entah hape kena emosi sensitif sangat..sampai pagi ni masih berbaki mata bengkak akibat menangis tanpa motif yang nyata..kesian en.azham, layan kan aje emosi ibu mengandung yang entah apa-apa neT_T. Memang tragedi buat suami, harap dimaafkan ibu mengandung itu! Sebelum balik kerja en.azham dah tanya siap-siap nak beli lauk apa untuk dinner, memandangkan mood kekampungan datang menjengah, makanya siap-siap bagitahu beli ikan selayang je atau orang luar panggil ikan sardin nak rebus asam dan goreng bawang putih cicah sambal belacan (menu habis simple) . Biasa kalau kat kelantan, ikan selayang paling murah dalam sekilo boleh cecah RM4 ke RM5 je. Mak minah pun beli ikan ne buat ikan celup tepung makan dengan nasi kerabu hitam dan jamu si kucing je. 
pic: Inilah ikannya yg buat haku sedih bangat, malu kat suami..huu
So, semangat nak makan ikan selayang rebus goreng garing-garing bawang putih tu lain macam, awal-awal dah masuk dapur menumbuk sambal belacan sambil tunggu suami balik. Sudahnya bila suami balik "cuba tengok betul tak saya beli ikan tu"..aaiisehh, emosi dah gelabah ne nak tengok ikan, sekali..seperti yang dijangka suami silap beli ikan, bukan ikan selayang, tapi ikan kembong!!Terus nada dah berubah frust sangat bila suami cakap "sama je ikannya" (yang ne, diri sendiri pun tak faham kenapa jadi macam tu?!)dah cuba tahan dah perasaan, istighfar dalam hati..lastnya kalah jugak, menyiang ikan kembung sambil air mata meleleh-leleh, lama-lama makin menjadi-jadi plak bila ditahan-tahan tangisnya (adess, buruk pe'el betul) sampai teresak-esak sambil menyiang ikan..sekali en.azham yang tak tahu motif isteri yang sedih bagai menangis beria-ia bertanya "kenapa?sambil tunjuk muka gelabah"..sambil menjawab dengan jawapan nak boleh pelempang " awakla, salah beli ikan, sedih sangat ne, tak tahu kenapa"..terus muka en.azham macam cakap "aaiikk, silap beli ikan pun sampai boleh menangis macam tu sekali"..

Akhirnya, walaupun sedih-sedih, makan nasi tetap tambah jugak dinner semalam kahkah, walaupun ikan kembung tak berapa nak ummphh bila rebus dan goreng bawang putih tapi bila cicah dengan sambal belacan, sedap jugak jadinya. Adeeii, kalau mak baca ne, confirm tak tahu nak respons apa..hihi. Itulah tragedinya, apapun storyku ne memang tak masuk akal, jangan dibuat-buat ye adik-adik, kakak-kakak...tak elok, payah suami nak memahami nanti..kihkih=p






Love & Faith,
Greenapel

2 comments:

  1. haha!

    ika! ami lak.. ahad ritu asben ajak makan yongtaufu... konon nak amik gamba la... sebab ado orang kat blakang ami so asben amikkan gamba tanpa flash. dia segan... ami cakap la amik la satu ado flash.. dia amikkan skali lagi tapi tetap takde flash... pastu ami nanges... sepanjang makan tu ami nanges... nmpk gak mera mata asben macam sayu tngok bini dia majuk. klaka la pulak wase hahaha... sama la kitew.. tetiba leh nanges cemtu tatau nape. nak stop nanges tapi tak leh. tetengah kedai makan lak tu haih

    ReplyDelete
  2. hehe, tula, tak paham kan emosi ibu mengandung ne, macam2=)

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign