NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Tips Jimat Beli & Perihal Mahalnya Barang Baby::

28 June 2012

::Tips Jimat Beli & Perihal Mahalnya Barang Baby::

First time experience membeli barang-barang baby memang buat diri blurr..walaupun mata rambang melihat segala kecomelan barangan baby, namun tak boleh mengatasi rasa tak tahu nak beli yang mana satu bila berhadapan dengan objek-objek comel tersebut..rasa nak sebat semua sekali angkut masuk bonet kereta..hihi=p. Kan best kalau dibolehkan buat macam tu>_<, rasa comel sangat!haha..okess, buang tabiat. So sepertinya kali pertama membeli barang-barang kecil cinonet, berupa kain yang semacam digunting bentuk seluar dan baju secara kecil-kecil dan cute, dan melihatkan harga yang terpampang di tag price, buat mata berpinau!!rasa nak ambil mikrofon, nak cakap kuat-kuat "asal baju kecik-kecik, harga mahal nak mam..kalah baju orang dewasa ni!!"..adeii (itu sekadar imaginasi!kalau boleh buat betul kan, ramai yang setuju dengan persoalan tu..muahaha). Kesimpulan tetapnya, barang-barang baby memang mahal-_-". 


Walaupun bukanlah kedekut nak keluarkan duit untuk beli baju anak-anak eh? ai mean baju anak, disebabkan teruja pegang baju baby semacam magnet, maka kena beli jugaklah, tak kanlah anak asyik nak berbogel aje (walaupun baby comel dalam keadaan macam tu..hihi) atau dibalut kain napkin semata kan-_-". Memandangkan bajet untuk anak sekadar yang ada cuma, (eh berbunga plak ayat, kahkah)..maka nak share sikit tips berjimat bila membeli barang-barang baby..supaya mommies to be tak membazir atau terlebih bajet atau mengada-mengada nak shopping lebih bila kita dah target mula shopping barang baby ne...muahaha (sejak bila plak haku pandai berjimat neh?!hmm, itulah penangan jadi isteri dan bakal mak, kena sayang duit suami, nanti kita jugak yang untung..hihi=p)...mm, termelencong pulak..meh sambung balik..


Tips pertama - Checklist. Memang penting checklist ne, sebab nak guide kita beli apa yang perlu apa yang tidak. Buat research dulu..ceehh, ambil dan rujuk sebanyak mana checklist yang ada (google), combine dan pilih apa yang sebetul-betul perlu je barang-barang baby yang nak dimasukkan dalam checklist.  Kurangkan atau tambahkan kuantiti bagi selected item contohnya wet wipes, disposable coth diapers, disposable nappy liner dan lain-lain barangan yang dikira boleh ditopup bila perlu. Tak perlu nak borong sekaligus takut nanti berlaku pembaziran. Lastly, jangan lupa bawak checklist bila nak shopping atau beranikan diri terjah bahagian baby tanpa checklist, pengsan nanti geram terlampau nengoknya  ..hehe orait!next..


Tips Kedua- Bajet. Ohh, yang neh memang terlampau penting, kalau setakat checklist dah lengkap, elok, cantik, tapi takde bajet...memang pergi senyum-senyum jelah kat shopping kompleks tu..hihi=p. Kalau nak cakap bab bajet ne mungkin boleh di detail sikit, maybe next entri, tapi bajet depends masing-masinglah..Ada yang tak kisah berapa bajet untuk bakal anak tambah lagi yang sulung dan ada yang berkira-kira beringat-ingat supaya tak melebihi perancangan dan perbelanjaan bulanan. 


Tips Ketiga- Tempat shopping. Sama pentingnya dengan tips diatas, tempat shopping nak diterjah, kalau nak jimat dan senang sebab dekat atau cawangan kedai yang banyak pergi jelah Jusco, Manjaku Baby dan tempat shopping lain yang memudahkan korang. Jusco dan Manjaku baby memang tempat best nak shopping barang baby secara pukal sebabnya murah sikit berbanding tempat lain seperti butik-butik barang baby. 


Tips Ke-empat- Masa Shopping. Yang neh, kena bijaklah pilih masa, kalau yang berduit lebih, tak kisah bila-bila je boleh pergi shopping. So, memandangkan ne tips jimat, maka masa yang paling sesuai tentulah masa SALE! diulangi SALE! shopping masa SALE! Walaupun ada sesetengah yang mengaut keuntungan ketika SALE! kita sebagai pengguna pun kena pandai memilih supaya tidak tertipu jugak masa SALE!  Atau cuba sebanyak mungkin mencari maklumat tentang clearance sale/warehouse sale yang bakal berlangsung. Sedikit sebanyak dah boleh jimat kat situ.


Tips kelima (terakhir)- Branding Product. Ne salah satu jugak termasuk dalam tips nak berjimat. Cari brand barang-barang baby dalam kategory sederhana seperti Fiffy, Tolljoy kalau nak dibandingkan dengan brand anakku, pureen, disney dan sebagainya. Memang berbeza sikitlah dari segi harga dan kualiti. Tapi jika kena pada waktunya, yang branding pun boleh jadi murah dan yang penting jangan cari sehelai-sehelai terutamanya baju baby, cari yang jenis sepasang macam tu. Boleh jimat. Barang-barang lain, cuba cari offer twin packs dan sebagainya. 

Done!...hepi ending, selamat bershopping sakan dan control nafsu membeli barang-barang baby yang teramat-amat comel..wee^_^

4 comments:

  1. ami suka fiffy.. kain dia gebu2.. tapi banyak borong barang disney sebab ari tu sale gegila punya murah ooo hehe

    ReplyDelete
  2. samala, ika pun suka fiffy, material dia cam selesa jek, harga pun okei, yang pureen pun best jugak..tp time sale jelah leh rembat banyak sikit...hehe=))

    ReplyDelete
  3. pureen murah time warehouse sale

    brg2 baby mmg comel, tp klu xsure jgn beli dulu..xpun beli sikit je..
    rega baju mmg dh boleh terbeliak biji mata, xmasuk lg benda2 lain..brestpump, so on

    ReplyDelete
  4. ryy.han: mm tulah, mmg beli basic je, sebb pikir byk mende lain g kena prepare kan...huhu

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign