NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Kenalpasti Jantina Anak^_^::

20 June 2012

::Kenalpasti Jantina Anak^_^::

Seronok baca mommy to be yang berkongsi pengalaman nak tahu gender baby ne..Kalau ikutkan hati nak je pergi scan perut ne sekarang jugak, takpun kalau boleh guna scanner printer tu tiap-tiap hari nak scan tengok baby kat dalam buat apa...haha(merepek plak daku).. uhukuhuk-_-'. Sekarang memang tak banyak free even hujung minggu pun..hehe, entah apa dibuatnya tak tahu lah. Bila umur baby dah masuk 6 bulan ne memang ramailah yang bertanya gender baby dalam perut ne..uuhh, tak sabar betul nak pergi scan. Tapi nampak gayanya kalau tak scan pun takpe sebab macam dah tau yang dalam perut ne baby girl..hehe, instinct suami dengan diri sendiri masa awal-awal tahu positif mengandung kitaorang dah tercakap pasal baby gender..spontan je dua-dua cakap baby girl, dah siap-siap bahasakan nama dah dari awal..haha, excited tak?. Bila baca tips-tips nak tahu jantina dari  mommy to be pun kebanyakan tanda mengarah ke baby girl. Menguatkan lagi instinct ramai yang cakap baby girl bila tengok rupa perut ne. Orang-orang dulu cakap kalau pokok berbunga subur kat halaman rumah, tandanya anak perempuan..tak tahulah betul ke tak tapi yang perasannya pokok lada depan rumah memang tak henti-henti beri hasil, bunga pun asal layu je ada je yang baru mekar berbunga..
p/s: dua hari lepas petik..^_^
So, tak kisahlah yang mana-mana jantina baby, girl ke, boy ke asalkan sihat sempurna..alhamdulillah^_^. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita, yang penting anugerah Allah kena jagalah sebaik mungkin. Moga anak mama terus membesar dengan sihat dan aktif. Satu je yang geram je sampai ketap-ketap gigi bila baby kat dalam perut ne malas nak gerak, asyik kena tepuk-tepuk dulu, goncang-goncang dulu..baru mengada nak bergerak, comel jek camtu kan...hehe. En.azham cakap tu maksudnya baby asyik tidur je, ikut pe'el mama dia..sentap betul!kahkah..kalau yang time aktif tu pe'el ikut abinya..apa-apa jelah-_-". Yang penting jangan ikut perangai mamanya yang tak comel sudah, ambil perangai yang comel-comel jek anak mama ye, hihi=p..

p/s: mm..bila nak shopping ne, takut kaki dah start bengkak makin malas nak berjalan

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign