NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Tempoh Getir Seorang Suami!!!-_-"::

03 May 2012

::Tempoh Getir Seorang Suami!!!-_-"::

Orang kata tempoh getir seorang suami masa akad nikah, sejuk urat tangan genggam tangan tok kadi.. tapi jangan disangka lafaz akad nikah hanya sebahagian ujian je, paling lama sejam dua je bagi yang bergemuruh lebih, kena simbah sebaldi air kompem Sah!hehe=p. Ujian getir seorang suami adalah ketika isterinya disahkan hamil hasil usahama bersama, inilah ujian sebenar yang memakan masa 9bulan 10 hari lamanya, kalau yang terlebih-lebih getir bila mana menunggu isteri habis pantang...suami kena berpantang jugak-.-'.Kesian insan bernama suami. Really great time untuk menduga kesabaran dan keimanan seorang lelaki bergelar suami...cehhcehh!!hehe..

Orang mengandung neh banyak karenah masa awal kehamilan tambah pulak yang sulung. Yang serba tak kena, yang pelik lagi aneh, yang tak pernah buat nak buat...memang banyak ragam yang ada ketikanya buat suami makan hati...makan hati ayam ok lagi, makan hati sendiri??!!Mungkin ada suami yang menitik airmata tak tahan dugaan dengan perangai bini masa neh..terkesot hati bila bini cakap benci, terluka jiwa raga dikatakan busuk dan hangitnya bau jebak (peluh jantan) dan bermacam lagi kata menusuk hati. Tergamaknya si isteri menuturkan kata sebegitu sadis sedangkan itulah yang dipeluk macam bantal golek lepas kahwin. ishh!isshh! nasiblah haku 'isteri solehah'..tak buat macam tu...kahkah!! Kadang-kadang mak buyung ne, dia lain macam sikit perangai masa neh, sebelum ne boleh je tidur peluk-peluk, tapi sekarang dah tak boleh, panas katanya, semua bantal dia bantai sampai laki tidur berbantalkan lengan..isteri pulak kiri kanan atas bawah penuh bantal keliling!Pendek kata katil tu ana sorang yang punya..Lagi ok dari kena tidur kat sofa kan?biarkan mak buyung itu!..

Ujian suami  bertambah lagi dengan mabuk si isteri, wekk sana, weekk sini, wekkk malam, weekk siang, tak kira tempat ngan masa tak pasal-pasal suami pun wekkk sekali, loya tengok bini ber wekk weekk..adeii, bertuah en.azham haku takde alahan, mengada je lebih...haha=p. So nak hilangkan loya terpaksa lah makan mende masam-masam, jeruk kelubilah, asam boilah. Nak makan boleh, tapi lebih-lebih tak elok pulak untuk anak. Sepanjang tempoh sekali jelah makan jeruk mempelam, sebab memang kureengg dengan jeruk-jeruk ne, tapi terasa nak makan, part terasa yang nak makan tu yang banyak, nak makan yang macam-macam sampai overweight pastu salahkan suami, baik punya parking nak salahkan orang, stress suami!Kang tak dipenuhi merajuklah, apa lah kan..okei memang mengada-.-'. Memang ada yang nak kena pelempang!.
pic source: hipsandhighheels.com
Paling tak tahan, bab emosi...alah, perempuan..biasalah sikit-sikit emosi, sikit-sikit sensitif!Mende tak logik nak sensitif pun dia jadikkan sensitif jugak-.-". Suami bergurau sikit tak nak urut pinggang menitik air mata, suami cakap makanan yang dikirim takde, menitik air mata. Macam-macamlah kan. Macam en.azham sendiri pun dah alami macam mana emosinya nak memujuk mak buyung yang sensitif ...hehe, even tak kerap tapi adalah sekali dua datang perasaan sensitif tu. Nak buat camno, perasaan tu datang tanpa diduga..itulah orang kata pentingnya suami disisi lebih-lebih lagi ketika hamil..

So far, saya ngan en.azham dalam fasa stabil mengharungi ujian tika ne. Alhamdulillah disebabkan takde alahan, boleh masuk dapur macam biasa. Cuma masa awal-awal je tak selera nak makan masakan sendiri, kena beli kat luar, tapi sekarang dah terlebih rajin masak..suka masak, untung en.azham!jimat duit poket..Paling jelas suka sangat tengok rancangan masak-masak, dan perubahan ketara adalah malas nak mengemas rumah. That's not me!Saya memang tak boleh tengok rumah bersepah, tapi sekarang memang ikut mood, nak melipat kain ada time rajin dia, nak mengelap dapur ikut mood rajin..kalau masa rajin tu tak payah cakaplah, ngan bontot-bontot periuk kuali berkilat kena sental..Okeilah kan dari malas secara berterusan-.-'. So buat para suami, bersabarlah dalam melayani karenah isteri, ini bukan acah-acah nak mendera suami, hanya mahukan keprihatinan dalam menjaga kita je. Kata lagi nak hidup susah senang bersama. Tapi kalau dah yang bukan-bukan diminta tu, buat tak tahu jelah. Semoga kita sama-sama lulus ujian ne ye. Insyaallah...amin^_^

p/s: panjang pulak mengarang...tak sedar...hihi..lain orang lain pengalaman kan

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign