NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Minggu Sendu, Sensitif Sampai ke Bintang!!::

17 May 2012

::Minggu Sendu, Sensitif Sampai ke Bintang!!::

Superlong rest after berkampung selama seminggu di tempat lahir. Ingatkan just spend for weekends je kat kampung, tapi alhamdulillah tanpa disangka ia berlanjutan sampai cukup seminggu sungguh berhikmah. Memang puas hatilah pasal dapat khatam semua makan apa yang dingidamkan sepanjang berada dikampung..hehe, buruk perangai makan je tau!! Kalau nak disenaraikan makanan yang mengidamkan memang panjanglah senarai..wuhuu-_-", tu pasal risau gelabah memanjang takut berat overweight lagi, tak mampu nak hadap nurse 2 kali sebulan untuk check-up.... Memandangkan awal2 lagi buat autopublish for previous entries...makanya terasa lama pulak tak mengadap blog sendiri, huhu.. 

Sedih pulak sehari dua, dah dua hari berturut-turut membazir air mata. Menangis takde motif satu, menangis tengok citer hindustan semalam. Entah hape kena perasaan neh sensitif sangatT_T. Kalau menangis bersungguh-sungguh jugak kat sejadah yelah jugak kan -_-"  Kadang-kadang suami tak buat apa-apa salah pun, boleh jugak terasa. Lastnya suami jugak jadik mangsa air mata. Sampai kan setiap kali nak tidur kena renung wajah suami, takut itu renungan kasih terakhir buat suami. Actually waktu terbaik untuk melihat ketulusan seorang suami bersusah payah demi isteri dan keluarga terlihat ketika tidur. Penatnya, lelahnya dalam mencari rezeki terserlah ketika tidur (okei, mulalah nak meleleh-leleh air mata ne terkenangkan susah payah ayah kita jugak)T_T. Renung suami pun dapat pahala, alang-alang renung tu, biar doa pun turut mengiringi buat suami isteri kan. Feeling masa tenung wajah orang yang kita sayang ne lain macam sikit..tak tahu nak describe macam mana..Kena buat baru tahu kot..memang takleh renung lama-lama, pasti nak bergenang-genang air mata (ke aku je yang macam tu?over sensitif, hihi). Apapun kasih buat suami makin bertambah-tambah.hehe..


Pastu kan bertambah sendu, bila baru terbaca tentang kemalangan yang melibatkan suami isteri kat LPT tu, sampai tak lena tidur. Sedih mengenangkan baby kecik yang kehilangan ibu bapa sedangkan diri masih suci tak tahu apa-apaT_T.  Sesungguhnya ajal maut ditangan Allah tidak sedikit pun cepat atau lambat bila tiba masanya untuk mengadap Ilahi. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali. Al-fatihah buat arwah. 
pic source: armstrongismlibrary
Eh, lagu biar sampai ke bintang tu memang mendayu-dayu betul, best pulak dengar lelama...memang minggu sendu betul, kesian anak dalam perut ne. huhu...chill my dear, jangan ikut pe'el mama ye. Ohh, dah tak lama nak masuk Rejab dah, sekejapnya masa.

p/s: =))

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign