NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::The Best Feeling at 12 weeks Pregnancy::

20 March 2012

::The Best Feeling at 12 weeks Pregnancy::

Lama sungguh tak mengadap lappy, huhu...entah apa kena...takde mood or memang tak boleh dekat dengan lappy seminggu dua ne, memandangkan baru je lepas fasa sibuk macam orang kahwin jugak...2, 3 hari ne memang betul CIR (Complete in Rest), berbaring aje keje...disebabkan kandungan masih di ambang terakhir trimester pertama dan disebabkan sedikit warning dari orang baru dalam perut, makanya nak tak nak memang kena berehat...Seminggu sibuk dengan aktiviti yang banyak menggunakan fizikal betul-betul mengancam orang baru...should be more careful-__-'...Alhamdulillah sepanjang trimester pertama semuanya okei, takde alahan, takde muntah-muntah, pening-pening...selera makan pun okei, tak terjejas...syukur

Sunyi pulak minggu ne, sepanjang cuti sekolah memang rumah meriah sebabnya my parents serta my PIL (parents in law) datang berkampung kat sini...seronoknya hati disebabkan tak dapat balik kampung at least orang tua datang menjenguk sambil nak kenal rumah yang kitaorang suami isteri diami lepas kahwin hari tu jadi pengubat hati...Semalam sangat bahagia bila dapat tengok anak dalam kandungan sedang bergerak aktif, very active kata doktor..hehe, tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bila tengok anak yang dikandung sedang menikmati perkembangan yang baik, so the end up tak print gambar baby sebab doktor payah yang nak catch up the best position disebabkan baby tak duduk diam, nak ambil ukuran kepala pun bukan main payah, hihi..so cuteeeee anak mama!!!haha=p...Memandangkan dua hari lepas ada sedikit warning dari kandungan dengan tanda-tanda pendarahan, memang buat tak lena tidur...Alhamdulillah, doktor cakap the baby just fine, uri kat atas, no crack, air kentuban mencukupi dan baby pun membesar dengan baik berdoa kandungan sentiasa dipelihara Allah...Amin^_^. So today, my baby dah 12 weeks and 6 days. Mcam tak percaya...hihi

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign