NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Beli Perabot Adakah Keperluan?::

05 March 2012

::Beli Perabot Adakah Keperluan?::

Tak sangka pulak bulan neh terover bajet..apapun entah mana datang fulus..turun dari langit memang mustahil...buat pengantin baru yang baru belajar duduk berdikari macam saya neh, memang tak pernah terfikir nak membeli perabot apatah lagi masih menyewa...seakan pembaziran...tapi bila pula waktu sesuai untuk membeli perabot?Katakan kita hanya mampu duduk di rumah sendiri mungkin dalam tempoh 3 tahun akan datang..bukankah satu masa yang lama untuk membiarkan rumah yang disewa hanya dihiasi lantai kosong beralaskan tikar? Macam mana pengalaman korang?...lepas kahwin terus penuhkan rumah dengan perabot atau tunggu sehingga setahun dua, takpun memang tak amik peduli langsung?...kalau rumah sendiri memang best sangatlah part cenggini, nak menghias rumah pun tak rasa serba salah, kan? Melainkan barang yang memang wajib ada untuk kegunaan seharian seperti mesin basuh, peti sejuk dan tv. Yang tu memang asas, kecik takpe asalkan berguna. At least dalam tempoh tertentu kita menang memakai. Kadang-kadang  terfikir jugak newly brides macam mana handle situation lepas kahwin pasal tempat tinggal. Sama macam kita tak?Asalkan ada rumah yang lain tolak belakang-belakang dulu, atau macam mana...mm

p/s: sangat tak rajin sekarang

1 comment:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign