NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Pengantin Hilang di Majlis Sendiri::

02 November 2011

::Pengantin Hilang di Majlis Sendiri::

Ini bukan olok-olok...ini realiti! Bahkan sekarang pengantin hilang dimajlis sendiri bukan perkara luarbiasa lagi...hehe..pengantin hilang pasal keluar photo shot outdoor...lucu pun ada baca tulisan Abd Jalil Ali... ada betulnya, semakin hari nilai-nilai dalam majlis perkahwinan semakin terhakis. Mana taknya masa majlis tulah nak jumpa sanak saudara jauh dekat selain hari raya. Masa majlis itulah kawan-kawan ibu bapa kenal anak menantu, mana tahu jumpa kat mana-mana nanti boleh tegur-tegur...masa itu jugaklah nak kenalkan 'teman halal' kat orang kampung. Disebabkan trend semasa, nilai sebegitu sudah tidak diambil peduli. Bila tetamu datang nak jumpa pengantin, pengantin dah hilang dibawa lari jurugambar...apa boleh buat, trend semasa. Semoga saya tak terikut...eee kalau ikut keiginan memang nak jugak sesi outdoor ne. Tapi kewangan membangkang banyak lagi mende yang libatkan kewangan lepas kahwin harus difikirkan, biasanya sesi outdoor ne sesi sekali harung je, kalau hari lain gamaknya 'caj' bertambah pulak, tak tambah sewa baju make-up lagi...so burn jelah impian...hehe, tak kisahlah yang tu semua..Satu je dalam kepala hotak sekarang ne, nak duduk sesama ngan en.azham je...hehe, yang lain dah tak amik pedulik dah...>_<
pic source:machoarts.com
Note: excited..>_<

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign