NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Selesakah Membelit, Terbelit dan Berbelit-belit?::

05 October 2011

::Selesakah Membelit, Terbelit dan Berbelit-belit?::

Melihatkan fesyen tudung belit-belit sekarang, memang tak sempat nak ikutlah...dengan bermacam jenis belitnya, cantik memang cantik, tapi entahlah sekarang mood bukan nak membelit, mood sarung je sekarang, setel!mudah dan cepat...hehe. Dulu masa keluar fesyen macam tu nak jugaklah join sekaki kan, tapi memang tak sesuai, pasalnya bukan jenis yang dop melangut depan cermin, paling lama bersiap pun 7minit...okei fine tak lebih sepuluh minit, sebab bukan jenis yang bermake-up, save dah masa kat situ, kalaulah daku jenis membelit jugak tudung entah berapa lama nak bersiap! jenuhlah cermin dop hadap muka daku...nampak memang simple dan senang tapi kenapa cam rimas yer, -_-, tu pasal sekarang layan tudung yang main sarung jek (kena ingat jugak aurat wanita bukan rambut semata-mata, berfesyen pun kena berpada)...=)

Tudung belit-belit okei lagi, tudung yang macam letak tak letak je atas kepala, pastu berhayun lemah gemalai ditiup angin tu, fesyen yang tu memang tak tahu nak cakap apa, adeiii macam-macamlah sekarang ne kan?.. apa pun tudung terbelit-belit ke, membelit-belit-belit masih lagi okei dari cakap berbelit-belit, lidah terbelit-belit dop menipu orang kan...yang ne memang nak kenalah..jangan mudah percaya orang macam ne, esok luse kita yang tanggung dari hasil dop percaya kat orang cakap belit-belit ne...-__-".

Note: Dah daftar pemilih belum? cepat-cepat g daftar, itu tanggungjawab kita okei...=). Betulkan mentaliti yang dijajah berpuluh tahun, rezeki itu dari Allah swt.

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign