NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Melayu Tak Habis-habis dengan Rayanya::

05 October 2011

::Melayu Tak Habis-habis dengan Rayanya::

APABILA seorang rakan bukan Islam bertanya, mengapa orang 'Melayu' meraikan Hari Raya (Aidilfitri) dalam tempoh terlalu panjang, terasa susah juga saya hendak menjawabnya. Apakah ini bermakna orang Melayu 'suka enjoy' saja? Jika orang bukan Islam sedar akan orang Melayu 'sudah terlebih' dalam sambutan dan meraikan hari raya, takkan kita tak terperasan?

(pengalaman sendiri) yup, sangat perasan tentang hal tu...perasaan pelik bila terlihat masih ada rumah terbuka walhal bulan syawal sudah berlalu-_-". Bukankah pelik budaya macam tu?entahlah, kalau saya cukuplah beraya 3 hari je...hehe, hari yang lain dibulan syawal saya anggap macam hari-hari biasa aje, yes! exactly dah memang diajar macam tu kot semenjak kecil, so bila dah dewasa macam ne, pengertian hari raya tu lebih lagi mendalam untuk difahami, bukan sekadar berhari-raya, bermaaf-maafan, kunjung mengunjung dan makan-makan (Baca Solusi-34). Tahu tak kenapa kita sambut hari raya? Melihatkan orang ramai, serta pemimpin masih lagi mahu berhari raya dalam tempoh yang panjang sedangkan yan lain menyambut perayaan mereka 'seadanya' terasa janggal dan semacam tak kena jika disebut hari raya ke-30 berbanding raya pertama kedua dan ketiga. 

Seperti sahabat bukan Islam tadi, mungkin ramai lagi orang yang tertanya-tanya mengapa orang Melayu bermati-matian berhari raya sampai sebulan sepanjang Syawal? Tidakkah banyak kerugian terpaksa ditanggung seperti dari segi kewangan dan masa? Bagi merungkai permasalahan yang diutarakan rakan 'non-Muslim' tadi, pandangan seorang tok guru yang disegani diambil sebagai panduan. Beliau menjawab soalan saya dengan mudah sekali. "Menyambut hari raya adalah satu ibadat, jadi untuk berada di landasan yang betul, lakukannya mengikut apa yang disuruh oleh agama dan jauhkan daripada apa yang dilarang oleh agama."

"Kenapa kita sambut hari raya?" tanyanya dan kemudian apabila melihat saya hanya mendiamkan diri, dia meneruskan: "Antaranya kita mahu bersyukur kepada Allah SWT kerana telah berjaya menjalani ujian di bulan Ramadan. Kita boleh bergembira dalam menyambutnya tetapi bukan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam." Beliau mengingatkan sekali lagi bahawa menyambut hari raya adalah satu ibadah, bukan budaya atau menjadi menjadi pak turut seperti yang berlaku sekarang ini. Katanya, hari raya Aidilfitri itu satu hari saja di mana Allah SWT mengharamkan manusia berpuasa pada hari itu. Pada hari kedua Syawal itu, umat Islam digalakkan untuk berpuasa, jadi itulah garis pemisah hari raya itu dan hari biasa.Tidak menjadi kesalahan untuk meneruskan kemeriahan hari raya seperti kunjung mengunjung saudara dan sahabat handai tetapi semuanya hendaklah dilakukan dalam batasan agama, katanya.

"Garis panduan sambutan hari raya mudah saja," kata tok guru. "Lakukan yang disuruh oleh agama dan tinggalkan apa ditegah. Suka saya mengingatkan hari raya hanya satu hari saja, yang lebih itu budaya orang kita saja. Kalau budaya itu ada unsur bertentangan dengan Islam, tak payahlah dibuat, buat mendatangkan dosa saja buat apa?". Lagi pun berhari raya berlebih-lebihan, habis tenaga, wang ringgit dan masa!

Note: Sebagai panduan supaya tidak terikut budaya macam tu, tapi kalau orang jemput makan free, apalagi...rezeki jangan ditolak..hehe=p
Sumber asal artikel: lanh14.blogspot.com

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign