NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Tunang ala-ala Kahwin@ Akad Nikah, Satu Trend Masa Kini::

12 September 2011

::Tunang ala-ala Kahwin@ Akad Nikah, Satu Trend Masa Kini::

Isu ne memang dah banyak dikupas, macam-macam pendapat...ada pro & kontra. Trend tunang ala-ala majlis kahwin ne tak tahulah bila ia bermula. Tau-tau dah macam ne dah trendnye..

Apa perasaan bila kawan-kawan tengok gambar kita dimajlis bertunang dan ucap 
"Tahniah!dah macam kawen dah, nikah terus la senang!"
"Tahniah!bila majlisnya?nanti jangan lupa ajak tau!
"Tahniah!"
"Tahniah!laa, ingatkan dah kahwin!"
Sejujurnya, bila baca ucapan dalam banyak-banyak ucapan tahniah tu, perasaan kita bercampur baur kan, annoying pun ada, gembira pun ada, rasa ''eh!suka hati akula nampak macam kawen pun, bukan guna duit kau" dan macam-macam lagilah, hanya kita yang tahu!mesti emo aje...hehe

Ramai yang cakap ini adalah trend yang sangat membazir!hmm, ada betulnya, tapi kebanyakan buat ne semua yang berkemampuan, so bila ikut kemampuan, bukanlah satu pembaziran buat tuan empunya, melainkan yang nak ikut trend tapi tak berkemampuan...mungkin pegang prinsip, biar papa asal bergaya!agaknya lah. So membazir atau tidak bergantung kepada tuan empunya badanlah, ada duit buat grand ikut trend, takde duit, buat ikut agama dan sederhana aje. 

Isu ne subjektif, depends kitalah. Kalau ikutkan keiginan diri memang tak kan habislah.
Sama jugak isu kahwin grand, photographer tip top, pelamin gah...semua tu atas diri kita sendirilah nak macam mane. Asal jangan menyusahkan semua pihak serta tidak melanggar syariat sudahlah!Yang penting berkat=)

Note: Saya pun terikut jugak trend ne...kihkih, tapi alhamdulillah, tetap pegang prinsip nak rahsiakan pertunangan walaupun takdelah rahsia mana (ada jugak rakan-rakan terdekat ada juga yang tahu), mana-mana yang tahu tu nasiblah dan saya redha jelah..bagi saya ada hikmahnya berbuat begitu.huhu-_-'. at least mencuba untuk berahsia

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign