NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Tukang Jahit memang macam tu ke?!::

17 September 2011

::Tukang Jahit memang macam tu ke?!::

Kalau cerita part tukang jahit, karang tiga buku pun tak cukup...haha, over! Tapi kalau part tukang jahit buat baju kita last minit memang tak sah kalau tak jadi dalam hidup. Entah kenapa perangai tukang jahit memang macam tu ke? Kekadang sesetengah tukang jahit aje yang mengamalkan kerja macam ne, tapi tempiasnya?? betullah orang cakap kerana nila setitik habis yang lain turut rosak...Paling tak tahan bila kita hantar yang paling awal, tapi yang kita lah last siapnya, kalau puas hati ikut kehendak alhamdulillah, kalau sebaliknya...tatau nak cakap apa...huhu-_-'. Pedih ulu hati memikirkan si tukang jahit yang tidak menepati janji. Kenapa macam tu?kenapaaaaa??? kalau pergi hantar kat cina punya tailor cakap pulak kita tak nak support orang melayu, tapi apedehal nak support kalau cenggini kejenya. Kadang-kadang tak faham motif simpan dan peram kain-kain buat last minit, nak kata bagi last minit tak lah sebab dah tau bila time sibuknya si tukang jahit ne. Tapi time kita bagi awal-awal tak nak pulak siapkan awal-awal. Entahlah nak kata tak serius berniaga hanya tuan empunya yang tahu. Manusia...ada kelemahan masing-masing...yang tak elok sama-samalah kita upgrade. 
pic source:www.123rf.com
Note: benang bersimpul

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign