NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Tips Kekalkan Idea berterusan untuk membuat Entri::

25 September 2011

::Tips Kekalkan Idea berterusan untuk membuat Entri::

Selalunya idea untuk berblog ne bukannya mencurah-curah datang. Kadang-kadang entri yang wujud adalah spontan akibat situasi semasa ataupun idea tersebut wujud dari perancangan awal untuk mewujudkan entri tersebut...eerr asal macam terbelit punya ayat...sila fahamkan>_<"...Setiapkali membuat post kadang-kadang idea untuk membuat pelbagai isu datang secara pukal sehinggakan idea pukal sebegitu hilang sekelip mata akibat kita fokus untuk mewujudkan entri semasa (ai mean masa dop taip entri pasal satu isu, datang pulak idea lain). Disebabkan situasi tu, idea untuk entri hilang begitu sahaja, tak ke rugi tu sedangkan idea, ilham untuk entri yang bagus boleh diwujudkan pada masa akan datang (cehh, poyo je ayat macamlah entri bagus sangat kahkah). 

Salah satu cara saya buat, bila situasi macam tu wujud, terus saja saya klik 'New Post' dan taip tajuk mengikut idea yang menjengah minda secara tiba-tiba walaupun isi entri belum tentu hala tujunya...haha=p, so saya letak point (kadang-kadang point pun boleh berubah dari yang asal even tajuk yang sama, kan?) yang berkaitan dekat kotak post (refer gambar) then save as 'draft'. If ada masa dilain hari, saya edit balik post tu. So macam mana plak nak buat entri dengan idea yang tiba-tiba tu dan dah basi dari minda kita? sedangkan idea untuk entri tersebut dah takde. Caranya saya 'blogwalking' dan relatedkan dengan isu semasa atau dengan pengalaman sendiri. Kadang-kadang dengan cara tu idea saya untuk buat entri dapat dikekalkan untuk lain-lain waktu. Tak ke dah save masa dop fikir tajuk apa untuk entri hari ni?atau esok?atau lusa?dan seterusnya? Takdelah memerah otak kenmain kan nak wat entri punya pasal sampai stress, tak perlu okei...hehe=p. 
Lagi satu, untuk mewujudkan entri yang baik cuba kita olah isu dari sisi yang berbeza. Kadang-kadang perkara yang sama diolah boleh mengundang perasaan bosan pembaca, serta apa yang kita tulis sudah boleh dijangkakan/diagak oleh pembaca. Tak seronoklah kan?hehe...apapun tips yang selainnya boleh aje google, yang saya bagi tips ne apa yang saya buatlahkan...

Note: Biasa berapa lama masa diambil untuk update satu-satu entri ye? mm, saya lama jugak, dalam setengah jam(maximum)...huhu-_-"

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign