NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Sebelum Kahwin pergilah Makan kat Tempat Sedap & Mahal, ini adalah pesanan!::

18 September 2011

::Sebelum Kahwin pergilah Makan kat Tempat Sedap & Mahal, ini adalah pesanan!::

Tajuk tu sebijik pesanan my uncle &untie kat saya ngan en.azham...haha=p(pasal dioram dop cerita pengalaman dating-dating zaman dulu).Sebelum kahwin cakap jelah kat mana nak makan, insyaallah, pakwe, buah hati, kekasih akan bawak dan usaha jugak penuhi permintaan walau duit tahap kopak. Biasalah masih dalam taktik mengorat melainkan pakwe, buah hati, kekasih dan se'line' dengan nya memang duit berkepuk-kepuk, anak dato, duit anggap macam daun, tu tak kisahlah, nak makan kat hotel taraf 7 bintang hari-hari pun takelah kan. Pesanan ne buat golongan yang cukup-cukup makan aje tiap-tiap bulan. Kenapa macam tu? Ada sebabnya tapi yang pasti masa belom kahwin ne lah boleh pergi makan kat Chili's, TGI Friday, Pizza Hut, Bubba Gump, Manhattan Fish wahh semua nak western... hahaa, tapi biasa tempat macam tu lah kebanyakan pasangan suka pergi makan. Kalau tang ikan bakar pergi je cari kat mana-mana restoren pilih ikan yang mahal-mahal, udang besar bapak, ketam extra large, apa-apa jer lah, kompem takde masalah, boleh aje belanja. 
Tapi bila dah kahwin kenapa tempat macam tu dah kurang mendapat sambutan ye?hehe, sebenarnya depends masing-masinglah, tak salah sekali sekala keluar makan kat luar, tukar selera. Namun bila dah kahwin ne, cabang belanja dah semakin luas tapi apa yang lebih penting bila dah kahwin takkan lah kita nak isi perut pasangan kita dengan makanan-makanan luar. Air tangan isteri kan lebih bermakna untuk pengikat kasih sayang. Kehebatan air tangan isteri memang tiada bandingan walaupun masakan bukanlah semewah dikedai. Ringkas pun sudah memadai. Mungkin nampak remeh, namun perkara ini sepatutnya dititik beratkan dan dipentingkan oleh isteri tentang memasak kepada suami dan anak-anak. So apalagi, mulakan memasak untuk suami dan anak-anak, insyallah banyak manfaatnya^_^. Pahala pun dapat..

Note: memantapkan skill masakan..ngee=p

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign