NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Nenek Kesayangan jadi mangsa Penyeluk Saku diKota Madinah::

10 September 2011

::Nenek Kesayangan jadi mangsa Penyeluk Saku diKota Madinah::

Autopublish
Nenek saya tak bernasib baik masa kat madinah sebabnya kena rompak dek penyeluk saku laknatullah, perempuan arab body besar badak tetiba datang peluk dari belakang nenek saya lepas nenek saya selesai solat...bila jemaah lain yang lalu tengok macam pelik, perempuan arab tu cakap nenek saya nak jatuh (pandai pulak cakap melayu) padahal nenek saya dah meronta-ronta dah suruh lepaskan...yelah kudrat orang tua takat manalah nak lawan body orang arab tu, lastnya penyeluk saku tu lepaskan dan pergi macam tu aje, lepas jalan sikit nak keluar dari masjid barulah nenek saya perasan baju dah terkoyak kat area baju dalam, duit dah hilang dah...tinggal baki-baki je...takde rezeki orang kata...alhamdulillah nenek saya tak apa-apa itu yang penting. Melihatkan baju dalam (yang berpoket) yang ditoreh, pastilah penyeluk saku tu memang professional sebabnya nenek saya tak rasa apa-apa pun. Mungkin juga kumpulan penyeluk saku wanita ne dah tahu jemaah dari Malaysia simpan duit kat mana. Terkilan jugak mak ayah saya dengar cerita nenek, yelah sebab sebelum ne takde plak dengar pengalaman jemaah kena seluk saku, jadi lupa nak bagi peringatan kat nenek...tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki nenek saya..huu, takpelah doakan penyeluk saku tu dapat pengajaran dari Allah s.w.t
Kalau kat Tanah suci mekah mungkin perkara seperti ini jarang berlaku. Ayah saya pun pernah cerita pengalaman kat mekah, setiap kali ayah saya pergi solat selipar yang ayah saya pakai akan letak kat tempat yang sama, satu hari tu ayah saya selesai solat nak balik ke hotel, tengok-tengok selipar yang letak kat tempat biasa tu dah takde, apa lagi ayah saya, sebut 3 kali Laknatullah, pastu terus balik jalan kaki ayam, keesokkannya ayah saya saje pergi menjenguk tempat selipar tu hilang, tup-tup selipar ayah saya tu ada kat tempat asal...hehe, itulah jangan main-main kat Tanah suci ne, sekecil-kecil perbuatan jahat, jiwa dan hati serta niat yang tidak baik Allah akan bagi terus balasannya...doa-doa dapat jejak kan kaki kat tanah suci diusia yang muda dan tika masih kuat lagi...aminn, dengar orang cerita pun rasa dah tak sabar nak pergi sana kan...T_T

Note: ^_^

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign