NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Makanan Pedas Sihat atau Bahaya?::

14 September 2011

::Makanan Pedas Sihat atau Bahaya?::

pic source: sweetadditions.net
Dulu-dulu, makanan pedas bukanlah pilihan untuk mengisi perut disebabkan timbul kesan bintik-bintik merah sekitar bibir, hidung pedih dan paling tak boleh tahan bibir tebal bak angelina jolie version donald duck selepas makan...huiiih, memang tak boleh tahan...tapi entah bila pulak suka makan pedas, tak pasti!hehe..yang pasti sekarang bila makanan kurang pedas tetiba je mengurangkan selera makan...memang mabeles betul rasa pedas ne bila wujud dalam menu, yang tak sedap jadi sedap, yang tak selera jadi selera...gitulah penangannya..Dan disebabkan kesukaan sekarang masakan yang ada rasa pedas-pedas tu, simptom-simptom dulukala hilang sekelip mata, magic betul...takde dah bengkak bibir, takde dah bintik-bintik merah sekitar bibir, yang ada cuma peluh-peluh didahi, air hidung hampir-hampir keluar disebabkan 'heaven'nya rasa pedas neh...-_-'

Tapi dalam makan pedas-pedas ne, kena jugaklah beringat, mungkin ada baiknya pedas tu, boleh membantu tubuh kita membakar kalori dengan lebih cepat dan menyihatkan jantung dengan mengurangkan risiko sakit jantung dengan mencegah pembekuan saluran darah. Banyak jugaklah kebaikan namun keburukan makanan pedas pun pastilah ada terutamanya kesan kepada usus kita. Berkemungkinan makan makanan pedas tanpa had boleh menyebabkan usus kita tertekan atau dengan kata lainnya kita tertekan masa 'membuang' dan berisiko untuk mendapat buasir atau lebih dari buasir, hehe... Apapun makanan pedas memang buat kita lebih bernafsu untuk makan kan???tambah pulak sambal belacan yang super pedas...isshhh...isshhh-_-'

Note: Biasakan rasa masam, manis,kelat, pahit, masin, tawar dalam menu kita, barulah seimbang, begitulah juga dengan kehidupan^_^

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign