NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Makan Tomato setiap hari??Rahsia untuk awet muda!!::

12 September 2011

::Makan Tomato setiap hari??Rahsia untuk awet muda!!::

Siapa tak suka makan tomato??mm...saya suka, dan sekarang bertambah suka, setiap kali shopping barang-barang dapur sekurang-kurangnya 10 biji saya beli tomato untuk menu harian (biasanya makan untuk selang sehari, karang makan berlebih-lebihan lain pulak jadinya). Siapa yang tak suka makan tomato dan mengatakan dia tak makan sayur, alasan itu sangat tidak munasabah...sebab utama tomato dipanggil buah tomato dan bukannya sayur tomato, so secara terang-terangan ia boleh dikategorikan dalam golongan buah-buahan, hehe=p...
pic source:www.flickr.com
Mengikut pembacaan saya buah tomato ne, banyak khasiat nya untuk kesihatan sebab kaya dengan antioksidan dan likopena yang dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Dulu masa muda remaja try jugaklah buat rawatan muka guna tomato, biasalah terpengaruh dengan majalah, memang tak sesuailah dengan kulit pasalnya jerawat makin menjadi-jadi lepas buat rawatan sendirian berhad tu, pastu terus anti dengan tomato. Padahal mungkin tomato tu tak sesuai letak kat kulit ke, apa-apa lah kan. So setahun dua ne banyak pulak makan tomato sebab jatuh cinta dengan rasanya yang masam-masam dan rangup (suka cari tomato yang pejal dan merah tu)..selain buat sos untuk spaghetti, ada jugak layan makan macam tu je...cara yang paling sihat nak makan spaghetti pilih spaghetti yang wholewheat, dan sudah tentunya sos pun buat dengan tomato aje. Kalau ikut kebiasaan saya  nak buat sos tu guna minyak zaitun, tumis bawang putih dan masukkan tomato cincang dengan air then tabur sikit italy spice...dah siap! tak letak apa-apa perasa, rasa memang original...hehe. So tentang makan tomato dan awet muda mungkin ada kaitan nya juga disebabkan khasiat tomato yang banyak ne, selain membantu badan kita mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan, tentulah tomato ada juga khasiat botox untuk kecantikkan kulit ...kalau nak tahu cubalah sendiri^_^, mm ada jugak yang alergik tomato, so takyah dop cubalah...

Note: asal asyik cerita pasal makan ne..

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign