NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Kenangan Bulan Puasa yang Tidak Boleh dilupakan, Jaga-jaga Mulut bila Dalam Kereta::

24 September 2011

::Kenangan Bulan Puasa yang Tidak Boleh dilupakan, Jaga-jaga Mulut bila Dalam Kereta::

Kenangan bulan puasa tahun 2011 memang tak boleh dilupakan...lucu pun ada bila diingat kembali. Peristiwa tayar kereta bocor dikala azan maghrib sejam lagi nak berkemundang untuk berbuka puasa betul-betul buat trauma...kahkah, sampai sekarang asal nak start enjin kereta, keempat-empat tayar kena check dulu..-_-" (tragik betul kesannya). Masa peristiwa tu, sampaikan en.azham yang dop kat jauh kat mata nak datang bagi bantuan (gelak ayah saya masa cerita situasi tu, siap cakap lautan api sanggup kurenang atas respon en.azham masa situasi panik tu..hehe). Memang jadi kenangan. Dan bertambah kenangan selang 3 hari kereta saya bocor, hujung minggu tu en.azham ajak saya berbuka kat masjid putrajaya sebab nak suruh saya rasa suasana berbuka ramai-ramai macam tu, dia dah biasalah buka kat masjid, kata lagi bujang, nak save duit poket, seronok pun seronok berbuka ramai-ramai macam tu. So hari tu, kitaorang bertolak ngam-ngam bajet sampai kat masjid dekat dengan waktu berbuka. 

Apakan daya, dah masuk area Putrajaya tu, tiba-tiba something wrong dengan kereta, bunyi kreekkk!krekk! macam tayar nak tercabut-_-. saya punya dah nervous dah suruh en.azham stop kat tepi jalan untuk check apa yang tak kena. Ingatkan tayar yang takde angin, punyalah en.azham perah keringat tukar tayar (kecian, dahla masih trauma dengan kejadian tayar bocor tu, hanya mampu tengok jeT_T). Rupanya lepas tukar tayar tu masih jugak ada bunyi tak senonoh yang menakutkan tu. Masa tu dalam 15minit lagi nak buka puasa. Terus rasa sedih spontan keluar ayat "nampak gayanya takde yang buka puasa kat masjid, macam tak diizinkan aje". memang betullah, kitaorang berbuka dengan roti beli kat petronas, siap-siap solat terus balik shah alam, tukar kereta terus pegi makan. Still terkilan, mungkin takde rezeki nak rasai suasana berbuka ramai-ramaiT_T.

Sebelum kejadian macam tu berlaku, bukan nak cakap apalah kan, mulut saya celupar pulak pergi tanya en.azham soalan super tak berlesen "bila nak tolak kereta ne?!"...haha, tak sampai 10 minit dop bincang-bincang lepas aje tol, terus kereta meragam. En.azham siap bebel salahkan diri saya yang gatal mulut cakap hal macam tu, -__-" (sadis betul). Tapi betullah, ada kemungkinan jugak kan soalan macam tu buat kereta tu merajuk...huhu. terus beringat! Apapun kenangan tu takkan dilupakan...hee=)

note:'kelma mood'

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign