NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Dugaan Bertunang dan Cara Mengatasi::

19 September 2011

::Dugaan Bertunang dan Cara Mengatasi::

Entah apa jadah nya rajin pulak pegi kira hari kat kalendar pasal dapat reminder dari en.azham...huhu-_-", tiada perasaan rasanya atau terlebih berdebar dup dap dup dap pasal DIY keje kahwin tak setel lagi...huaaaaT_T. Entah apa angin rajin plak nak me'DIY' sedangkan kriateria kreatif tak pernah ada, masa mungkin banyak tapi part nak idea memang payah...macam mane?nelah orang kata mengada!

Bila cakap part dugaan bertunang, masing-masing ada bahagiannya. Dugaan bertunang, dugaan berkahwin lagilah. So sebelum nak melangkah ke alam rumahtangga, dugaan tu memang akan kita lalui sedikit sebanyak dugaan dan cabaran sebagai persediaan serta untuk mengenali pasangan kita sama ada dia jenis pijak semut tak mampus atau pijak semut habis lenyek.. apakah??-_-. Bertunang lama atau sekejap itu semuanya kerja Allah s.w.t, kadang-kadang bukan semua kehendak kita Allah makbulkan, semuanya ada hikmah so tak perlulah persoalkan.orite?!. Kecil atau besar dugaannya, itu juga dari Allah untuk menguji kesabaran hambaNYA yang penting cara kita mengawal dan menghadapinya.

Kebanyakan dugaan bertunang wujud dari kita sendiri, dari perangai dan sifat kita. Sebelum kita menunding jari kepada orang lain, wajiblah kita cermin diri kita dulu. wahh sedap ayat!haha...yang penting muhasabah diri, kadang-kadang kita tak sedar bagaimana perangai kita dan kesannya kepada orang lain. Dan paling tak sangka dugaan tu datang dari kita perasaan kita sendiri (kata lagi wanita ne penuh dengan emosi), perasaan masa tu lah nak keliru bagai, masa tu lah jugak nak fikir berkali-kali, masa tu juga macam-macam datang mengadap, masa tulah nak ragu-ragu...kadang-kadang perkara yang tak disangka pun boleh jadi. So banyak-banyak lah muhasabah diri, dan yang penting kita cuba baiki apa yang elok kepada lebih elok.

Dugaan dari pasangan masa bertunang termasuk dalam dugaan jugaklah ye. Betullah orang kata dalam tempoh bertunang ne, kita akan lebih tahu tentang pasangan dan kenal kita. Macam mana perangai dan sifatnya. Kadang-kadang ada yang kat depan kita pijak semut tak mampus, tapi belakang kita pijak semut sampai lenyek habis-habis!ehehe...tapi ada jugak yang pandai sorok sampai kahwin, lepas kahwin baru tunjuk belang (nau'zubillah) orang macam ne. Dalam membina hubungan sikap tolenrasi, terbuka memberi dan menerima pendapat dan sabar amat penting. Sekiranya wujud masalah, segalanya boleh dibincang dengan sebaiknya. Bukan merajuk tak tentu pasal, pujuk, masalah tak setel jugak, lastnya pendam!jangan amalkan ye, kelak memakan diri...ececehh(nasihat ko, konon betul!...haha) tapi serius okei. Jangan asyik nak gaduh aje, benda kecil tak pasal-pasal jadi hal besar.

Masalah kewangan tentunya salah satu dari dugaan. Dalam merealisasikan majlis perkahwinan yang diidam-idamkan, kemungkinan bajet kewangan berubah dari semasa ke semasa akibat memenuhi kehendak. Tak pun dah buat saving tapi tak cukup-cukup, entah kemana bocornya. Dugaan kewangan ne semua pasangan mungkin akan laluinya memandangkan fasa alam rumahtangga memerlukan komitmen dan pengurusan kewangan yang diurus dengan betul, dan isu kewangan wujud sebelum kahwin lagi untuk kita lebih bersedia. Kadang-kadang isu kewanganlah yang menjejaskan hubungan kita dan pasangan akibat matlamat kewangan yang tidak sama dan perancangan kewangan yang tidak sehaluan yang boleh menimbulkan masalah. 

Persediaan kerja kahwin juga mungkin cabaran buat pasangan. Ada juga pasangan yang menyerahkan 100% hal kahwin kepada pasangan (perempuan biasanya)..tak eloklah macam tu, even sibuk dengan kerja, namun hal kerja kahwin ne kena sama-sama ambil bahagian. Nampaklah kesungguhan tu kan?. Walau ada yang buat persediaan awal untuk hal kerja kahwin ne, kadang-kadang wujud jugak masalah dari vendor, ada yang buat tak mengikut permintaan, baju tak muat, pakej menipu, semacam masalah wujud...hmmm, semua tu dugaan. Doa-doa yang sendiri nanti semua nya smooth, insyaallah.

Dugaan dari pihak ketiga, yang ne biasalah darah tengah manis, mulalah nak test saham ada ke tidak!. Ada yang macam tu, dan ada jugak bekas-bekas yang datang mengadap balik, dulu tak laku tiba-tiba jadi rebutan pulak. hmmm, entahlah harap dijauhkanlah yang macam ne. Dan akhir sekali godaan nafsu sendiri, bertunang bukanlah tiket untuk bebas melakukan apa jua perkara bak lirik "boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang bertambah sayang!". Lagipun istilah bertunang tu hanya dari segi ikatan perjanjian sebelum ke alam perkahwinan, bukannya ada ikatan sah xde beza sangat dengan kapel. Ingatan untuk diri sendiri dan en.azham juga^_^. Kenalah saling ingat-mengingatkan, tengah mabuk cinta kadang-kadang boleh lupa batasan.

So dalam menghadapi apa jua dugaan sebelum melangkah ke alam rumahtangga, persediaan mental dan fizikal amatlah penting. Sentiasa mengamalkan sikap tolerasi dan saling mendengar dan berkongsi masalah serta jalan penyelesaiannya dengan pasangan, kuncinya kena sabar dalam berbincang. Sentiasa berbincang dan merancang kewangan dengan teratur supaya tidak kelam kabut nanti dan akhir sekali sentiasalah berdoa kepada Allah yang Maha mendengar, berdoa supaya segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya. Berdoa semoga sentiasa terpelihara dari godaan syaitan dan nafsu serta memohon perlindungan Allah. Sentiasalah berfikir positif, setiap dugaan tu ada hikmahnya. Satu langkah lagi kita ke alam rumahtangga, maka bersabarlah dengan dugaan yang kita hadapi, semoga kita dan pasangan berjodoh hingga ke akhir hayat. amin


Note: wah panjangnya menaip, rajin plak...huhu

1 comment:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign