NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Kesihatan yang Baik satu Anugerah yang tidak ternilai ::

17 August 2011

::Kesihatan yang Baik satu Anugerah yang tidak ternilai ::

Alhamdulillah, hari ni jamah nasi kerabu buat kali kedua, kali ke-4 masuk bazar, namun nafsu masih boleh dikawal, beli apa yang nak makan aje pluss nasi kerabu murah...so puasla hati, syahdu plak malam ne...Ramadhan hampir ke penghujungnya tak lama lagi, sekejap je masa berlalu, tup-tup diri dah tua<---tak berkaitan langsung kan,-_-' harap bulan mulia telah kita manfaatkan sepenuhnya....
Bab-bab kesihatan mula diambil berat bila usia dah meningkat ne..takut dengan penyakit yang tidak terjangka tidak mengira usia...heh! ni bila batuk beterusan tak habis-habis lagi terus fikir bukan-bukan...tambah plak newspaper minggu lepas cerita pasal TB, mak aaiihh, lagi tak senang nak batuk...yang batuk biasa-biasa boleh jadi luarbiasa...hmm, oblong kambing tadi memang sedap!nyesal sungguh suruh order satu!-_-....harap dia faham maksud saya (saya mahu makan oblong lagi lain kali)...asal macam menyimpang haku punya citer...pastu bila dah baca pasal TB tu, terus panik!mulalah nak samakan keadaan dengan simptom tu...apa perangai tah!haku pun tak pahamT_T mulalah cari alternatif lain nak sembuhkan batuk ne, pasal dah 2 kali pegi klinik, ubat habis...hasil pun tarakkk!!apapun ubat tu hanya rawatan, sembuh tak sembuh semua tu dengan izin DIA sahaja, redha dan berdoa batuk ne akan cepat sembuh!aminn... so sekarang ne cuba amalkan minum teh campur dengan madu asli dan bunga lawang je...memandangkan madu asli payah nak cari kat sini(menyesal tak amik satu botol haritu, padahal ayah dah offer suruh bawak-_-, okei fine!salah sendiri),so minum air teh rendam bunga lawang jelah! Nak beli ubat batuk kat farmasi macam dah tak tahan dah, manis sangat, tak pasal-pasal dapat kencing manis kang dop togokk ubat batuk tu, jenuh!!!so nak tak nak kena tahan lah air kelat pahit tu...awak ada apa-apa tips tak nak kurangkan batuk ne selainkan elakkan minum ais?...errr tadi dah 'ter'minum nescafe O beng, pasal dah tak tahan dop pantang lelama-_-...kesian betul haku ne...hukhuk...tapi yang penting antara banyak-banyak simptom TB tu, berat badan saya tak pernah susut (so memang imaginasi terlebih...huhu)...Alhamdulillah, dah syukur dengan keadaan sekarang... so yang terlampau nak kurus tu, tak payahlah berdiet sakan, jaga makan, jaga gaya hidup, doa jangan lupa...insyaallah kesihatan kita mantap...tazkirah lepas solat zohor tadi pun pasal kesihatan...saya tak ingat ayat setepatnya tapi antara banyak-banyak doa, mintalah kepada Allah s.w.t dikurniakan kesihatan yang baik...insyaallah^_^..bila kesihatan kita baik segala urusan pun akan berjalan dengan baik... 

Note: Kadang2 rasa jengkel dengan orang yang dah kurus kata diri dia gemuk (i did it too).. that statement really sensitive kan in certainly situation..i promise takmo dah jadik macam tu...just accept yourself, beauty on eye beholder!Kurus tak semestinya sihat, itu adalah fakta. 

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign