NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Berbuka puasa bersama Ketua Polis Negara::

08 August 2011

::Berbuka puasa bersama Ketua Polis Negara::

Semalam memang meletihkan bila mengharungi cabaran di bazar ramadhan seksyen 13, yang terbesar katanya..kat shah alam la kot...memandangkan bekal kurma pun tak dibawa untuk berbuka maka terpaksalah jugak menapak kat bazar yang penuh dengan semut eh orang..dan secara seriusnya en.azham mencabar saya untuk menghadapi cabaran melalui segenap gerai yang bertapak tanpa belian akibat tergoda. Adess...apa punya cabaranla, padahal yang tersiratnya malas nak keluarkan duit poket le teww...hehhe-_-'..okei fine!


dan akhirnya memang berjayalah tak beli apa-apa pun bila dah pusing semua bazar. Tapi apakan daya terpaksa jugak membeli sedikit makanan untuk berbuka sebelum makan makanan berat...habis jugak nak dekat 10 ringgit, air ngan kebab aje...gilerr mencekik betul!..pastu paling sadis berbuka puasa dalam kereta pasalnya nak solat terus before makan kat ZamZam nasi arab...bulan puasa ne kalau diikutkan nafsu nak makan memang takde limitlah, semua nak sumbat masuk dalam usus perut, nasib baik jugaklah tak amik yang buffet...kalau tak memang rugi...pasal ruang perut tak muat...kebetulan masa amik order ada seorang pak cik yang familiar sangat duduk berselang satu meja..dengan confidentnya tanya en.azham" eh macam pernah tengok je pak cik tu, tapi kat mana eh?" ...nasib tak dapat peluku free, rupanya tu ketua polis negara...patutlah!-_-"...apapun dikira berbuka bersamalah kan? even bukan satu meja...haha=P. Akhirnya berbuka jugak nasi arab pada mulanya tak tahu nak makan apa.

Note: tak sabar...gaji oh gaji..

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign