NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Selamat Pagi dunia~cuaca baik tapi isu kurang baik::

25 December 2010

::Selamat Pagi dunia~cuaca baik tapi isu kurang baik::

Alhamdulillah, semalam dan hari ni cuaca panas aje...sempatlah kering sekapal kain, ^_^...apa pun sesuatu yang kurang enak menjadi isu di pagi hari, macam ne lah...terus nak buat kesimpulan, hehe...kenapa Allah wujudkan adik-beradik?Bukan untuk bertanding mengumpul kekayaan, dan menunjukkan siapa yang gah, Allah bagi adik beradik tu sebab nak senangkan kita dikemudian hari, sekiranya ada susah adik-beradiklah yang diharapkan menolong, jika ada senang adik berdik jugalah untuk kita kongsikan kesenangan, mencari kekayaan tak salah, tapi kalau adik beradik bermasam muka sebab aku tak sekaya ko, memang tak cerdik sangat, mak ayah berhutang sini-sana engkau punya adik beradik bukan nak tolong pun, mak engkau dop menipu sana-sini, ko tahu tak...!!! Allah salurkan rezeki untuk kita bukan takat untuk anak-anak, tapi ada juga part untuk mak ayah kita, dan adik beradik juga, yang ko nak pergi menunjuk nak banding sapa paling kaya ko dapat ape weh??betul tak cerdiklah, belajar sampai tahap Dr pun, kalau hati perangai cam tapak kaki berkematu, go to ^%$*...kalau yang pemalas macam mane? , pergi baca artikel iluvislam, situ ada kupasan pasal isu tu..grr
pic source: jdrf.ca
Lagi satu, kalau yang jadi menantu dop rumah mertua kena pandai-pandailah, jangan tunjuk perangai tak baik tu! Pemalas satu hal, yang tak jujur ne!tu yang hangen..!!grrr...Ya Allah jauhlah perangai macam tu dariku, segala drama disekeliling haku cukuplah untuk pengajaran, jangan haku plak g melakonkan balik drama macam tu, cukup je haku jadi penonton...grrr, hidup kat dunia macam tulah...hidup ibarat roda, bukan nak kata sok ko kat atas, selamanya ko kat atas, tapi nak cakap hape yang ko buat dulu kat mak ayah ko, skang dah jadik kat diri sendiri, anak-anak buat macam tu jugak lah hai kat ko,....anak-anak berjaya tapi haram jek perangai ...memang kalah drama dalam tv tu...grrr...hei, what's up dude?!chill lah pepagi ne...okei, okei, berdoa supaya Allah melindungi keluargaku dari perkara-perkara buruk yang sebegitu, Amin^_^..owh, hari ni cuaca indah kan?

Note: Sabar-sabar, beringatlah wahai diri yang alpa(--"), segala yang bebel kat atas tu haraplah jadi peringatan kat diri sendiri, time ne sedaplah ngata kat orang, sok karang allah nak uji, kita tak tahu, nauzubillah

2 comments:

  1. jujurnya kakak ipar saya selalu menunjukkan perangai buruk die dpan mak bapa sy sehingga mbuatkan mak bapa sya tak suka die...emmm

    ReplyDelete
  2. manusia memang banyak ragam, kitalah yang kena sentiasa beringat, jgn kit uat camtu one day..huhu=)

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign