NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::Sejarah pembacaan bermula dari ABC::

13 December 2010

::Sejarah pembacaan bermula dari ABC::

ehehe, takde tajuk nak letak actually, pastu bantai letak sesuka hati dan sesuka rasa..haha=p..takpe kan? sejarah pembacaan memanglah bermula dari kenal huruf, pastu pandai mengeja dan menyebut dan pandailah membaca. Kalau ko cakap ko keluar perut tu terus pandai membaca memang penipu besarlah!(--") Terima kasih cikgu-cikgu yang mengajar saya dari dulu sampai sekarang, hari guru nanti kena buat post speciallah untuk golongan guru...agaga=)

Tadi mengemas bilik snow white, memandangkan bilik dia ada mini library (konon je lah) maka lama jugaklah masa diambil untuk setel yang part dia sahaja...(--")grr!pilih-pilih, susun-susun, pastu sesi photo-shot pun nak jugak, haha...mestilah kan? kenmain mengadap rak tu sehari suntuk, mana taknya sambil simpan, sambil belek...haishhh!ada je nak lengah-lengahkan masa, untuk menyeronokkan entri ini, err perlu ke? takpe-takpe...so perlulah bercerita sejarah kewujudan semua-semua yang berada di rak tersebut..ceh!tetiba plak haku rasa menyampah..apehal?haha=p 
pss: majalah mingguan wanita, sekarang da stop beli..hehe
Majalah first yang suka dilanggan majalah mingguan wanita, start umur 15tahun dah start baca...masa muda remaja lagi, baca jugak majalah Remaja tika tu, namun tak memenuhi selera..ceh!haha=p, iyye betullah, beli takat 10 keluaran je remaja tu, pastu nasib baik tak pernah terpikat dengan majalah mangga yang pasal-pasal artis, naseb baik tak minat(--) kalau tak memang buang duitlah, tak berbaloi..hehe
pss: majalah rapi dan MIDI
Pastu tak lama kemudian, datang keinginan nak baca bab-bab resepi masa naik tingkatan 5 tu, maklumlah duduk asrama, tak pernah masuk dapur lagi masa umur tu, just pandai potong-potong sayur saje, siang ikan hancur habes!kononnya baca majalah Saji & RASA boleh tingkatkan minat nak memasak..sekali??hampehhh..
pss: majalah Saji, Rasa, DARA & NUR
Bila dah masuk umur 20-an dah start pandai nak cari majalah lain plak, tambah plak koleksi, NUR, DARA & Rapi, rembat semua sekali!biasalah tamakkan..huu, majalah mingguan wanita pun tetap setia jugak buat collection, setelah membandingkan isi majalah-majalah tersebut, baru perasan kadang-kadang info lebih kurang sama saja, cara olahan sahaja yang berbeza, namun ada juga yang sebijik sama isi kandungan...grrr!
pss: majalah sekolah dari 90-an hingga 2003 last sekali
Akhirnya, setelah tolak tambah bahagi darab bagai, banyak jugaklah berhabis, mana taknya kekadang ada juga ter'beli majalah Nona, Keluarga, WANITA & sebagainya..grrr. Sekarang hasil kombinasi info yang ada dimajalah-majalah yang menjadi koleksi terdahulu, maka buatlah keputusan hanya limitkan dua jenis majalah sahaja untuk dibeli setiap keluaran iaitu Harmoni juga SOLUSI. Puas hati, memenuhi selera pembacaan dan terlalu padat dengan ilmu yang bermanfaat. Majalah Pengantin pun jadi koleksi sekarang sebab nak cuci mata tengok mende-mende cantik...hehe=p. Apa pun majalah-majalah sampingan banyak membantu kehidupan seharian. Dan paling penting majalah sekolah dahulu kala wajib menjadi simpanan, untuk kenangan=)
pss: Sayang rasa nak g jual...(T_T), tu tak masuk lagi bab novel dan komik, rupanya dah lama buat keje tak senonoh habeskan duit mak bapak(T_T)

note: Time jari takleh nak aktiflah rajin ko nak buat entri(--")

2 comments:

  1. sebab dah tahap tongkang pecah, kalo tak, takde maknenye..hehe=O

    ReplyDelete



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign