NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::tetiba terfikirkan hal itu::

23 November 2010

::tetiba terfikirkan hal itu::

pagi tadi hantar mak ayah pegi ofis, tak mandi, tukar baju je, hehe...tak puas tidur actually, tu yang kelam kabut.. tak sempat nak mandi manda, ketika perjalanan hantar mak ayah adalah sedikit sebanyak isu yang dibincangkan termasuk budak adam ... hehe...sebabnya semalam budak adam dengan muka poyonya naik lori besar, kereta kena tarik sebab bateri tak hidup...maka berbanggalah budak adam tu...dia kata semua kenderaan besar-besar dia dah naik kecuali wheel loader kat bawah tu...haha, nak jugak!!
pic source :slyagri.com
selain itu isu ayah pencen juga dibincangkan tadi...haruslah call repunzel bercerita/berkongsi/berdiskusi tentang perancangan..kalau anak-anak yang tak tolong ayah mak siapa lagi nak tolong, cukuplah mereka bersusah payah besarkan kami adik-beradik, even pada masa hadapan semua anak-anak mak ayah akan mempunyai kehidupan sendiri, kehidupan mak ayah haruslah diambil berat, masing-masing kena ingatlah..memandangkan budak adam dan budak kakak mempunyai perjalanan yang masih jauh kerna mereka masih dialam persekolahan, siapa lagi yang harus  diharapkan melainkan kakak-kakak mereka..cukuplah pengalaman sekeliling memberi pengajaran kepada kami adik beradik

apa guna menantu berduit, anak-anak berjaya, kerja bagus tapi tak dapat tolong mak ayah?? apa guna pangkat tinggi tapi mak ayah macam tu jugak bersusah payah, apa guna ibu mithali tapi anak-anak tak mithali, mak ayah bukan mainlah bangga nga anak-anak semua berjaya, tapi anak??haprakk...anak-anak tak pernah ambil peduli apa mak ayah makan apa, buat apa, tak pernah tanya kesusahan mak ayah, yang tahu hanya berlagak dengan nikmat Allah yang sementara, yang tahu hanya berlumba-lumba memenuhkan poket masing-masing dan membandingkan antara satu sama lain, mak ayah terabai, what for?? dapat apa?mungkin bangga lah macam tu kot, entahlah tak faham..
pic source: bittersweetblog.wordpress.com
kehidupan hanya pendek, perlukah menyerabutkan keadaan dengan perkara yang tak perlu...ya allah nauzubillah semua perkara itu dari kami adik beradik, teramat takut bila terfikirkan mende sebegitu, sekian banyak cerita pasal penderhakaan anak-anak disajikan di TV, makin banyak plak berlaku kes macam tu, tak beri kesan apa-apa..semoga kita sentiasa memperingati jasa mak ayah dan kesusahan mereka, takut jugak sebab kita tak tahu Allah nak duga kita macam mana nanti, Allah nak duga kita adik beradik macam mana, takut juga bila kita dop kata kat orang at last-last jadi kat diri sendiri nauzubillah.. semoga allah sentiasa merahmati keluarga kita..amin

note : apa yang penting kerjasama

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign