NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::tips sebelum membeli kereta::

11 October 2010

::tips sebelum membeli kereta::

 nasihat kepada anda jika mahu membeli kereta.. Jika anda sudah pun memiliki kereta, digalakkan membacanya sebagai satu ilmu . Tentu anda pernah dengar kes-kes kereta kena tarikh akibat tidak membayar hutang pinjaman kenderaan bukan? Perkara ini berlaku kerana mereka tersilap menganalisa kemampuan dan komitmen untuk bayaran dan perbelanjaan bulanan terhadap kereta tersebut. Baiklah... Sebelum anda membeli kereta, anda perlu pertimbangkan 4 perkara iaitu :
  1. Kos Minyak/Petrol - Anda perlu kaji dan membuat sedikit analisa berapa kos yang anda terpaksa keluarkan untuk pembelian petrol pada setiap bulan. Kos ini bergantung kepada sekerap mana anda akan menggunakan kereta tersebut.
  2. Kos Tol - Jika anda menggunakan laluan bertol, kira kos tol tersebut. Kebiasaannya kos tol bergantung sekerap mana anda melalui laluan lebuhraya bertol. Kos tol meningkat jika anda menggunakan kereta untuk pergi balik kerja.
  3. Kos Servis - Kereta perlu diservis apabila sampai masanya. Lagi jauh perjalanan anda, maka lagi keraplah anda perlu servis kenderaan anda. Purata servis kereta adalah sekitar 2-3 bulan sekali.
  4. Kos Insuran - Insurans kereta perlu dibayar setiap tahun. Biasanya kos Insurans ini agak mahal sehingga beribu ringgitbergantung kepada hayat kereta tersebut. Jika baru, ianya semakin mahal
NASIHAT SAYA...... Jika anda bercadang untuk membeli sebuah kereta idaman, sebaik-baiknya belilah kereta yang bayaran bulanannya kurang daripada berapa yang anda mampu bayar. Gunakan prinsip 60/40.

Contohnya.. Katakan anda mempunyai lebihan tunai sebanyak RM850 sebulan dan dengan wang sebanyak itu, anda mampu untuk membayar instalment sebuah kereta Proton Exora 1.6 CPS AT (H-Line). Akan tetapi.. RM850 itu tidak termasuk kos tambahan yang perlu anda tanggung seperti minyak/petrol, tol, servis dan insurans.
Sebagai jalan penyelesaiannya, anda perlu gunakan prinsip 60/40 iaitu :
  • 60% = Amaun yang anda mampu dan selesa untuk menangung bayaran bulanan. Iaitu 60% daripada RM850 ialah RM510.
  • 40% = Amaun yang anda perlu tanggung untuk kostambahan iaitu 4 perkara yang telah saya nyatakan diatas. Iaitu 40% daripada RM850 ialah RM340.
Berdasarkan prinsip di atas, dengan jumlah sebanyak RM510 anda mampu untuk membayar instalment bulanan sebuah kereta Proton Persona 1.6 IAFM MT (B-Line). Manakala RM340 pula adalah untuk kos tambahan yang mungkin anda akan belanjakan pada setiap bulan.
  • Minyak RM150 sebulan.
  • Tol RM60 sebulan.
  • Peruntukan untuk servis RM50 sebulan.
  • Peruntukan untuk insurans RM80 sebulan.
Semoga tips kali ini akan dapat membantu anda merancang dan mengurus kewangan dengan lebih baik!

sumber:http://duitiqmal.blogspot.com (klik untuk lebih banyak info)

info tambahan:






Pembelian kereta merupakan komitment berat jangka panjang. Beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum anda membeli kereta idaman anda :-

Kos Pemilikan
Kos pemilikan termasuklah kos bayaran bulanan, kos maintenance, road tax dan insurans, kos alat-ganti (spare-parts). Anda mestilah mengambilkira kedudukan kewangan dengan kos pemilikan sebelum membeli kereta tersebut. Adakah anda mampu untuk menanggung beban tersebut? Adakah anda merasa berbaloi dengan kos pemilikan tersebut dengan kepuasan atau faedah dari kereta tersebut? Jika jawapanya ya, anda boleh meneruskan hasrat memiliki kereta tersebut. Jangan beli kereta hanya untuk bergaya, sedangkan dari segi kewangan amat membebankan anda. 

Kualiti dan daya tahan (Quality and reliability)
Ada kereta yang cukup daya tahan. Dipakai bertahun-tahun tapi masih steady. Kereta yang sebegini banyak membantu menjimatkan kos maintenance anda. Ada kereta yang baru pakai sebulan dua, sudah mengalami pelbagai masalah meragam kerana kualiti pembuatan yang kurang baik. Ini bukan sahaja menyebabkan poket anda berkurangan, malah membuang masa anda.

Masalah alat-ganti (Spare-parts)
Anda harus merujuk kepada mekanik bengkel atau kenalan sama ada dari forum atau kawan-kawan yang sudah memiliki kereta tersebut tentang kemudahan mencari alat ganti tersebut. Kesukaran mendapatkan alat-ganti akan menyebabkan kereta anda mungkin tersadai lama tanpa dapat dimanfaatkan kegunaannya.

Penjimatan minyak
Dalam keadaan harga petroleum yang sukar diramal, anda harus mengambil-kira penggunaan minyak sesebuah kereta. Anda boleh membaca review pengguna, ujian yang dijalankan oleh badan tertentu dan maklumat yang diberikan oleh pengeluar. Kereta yang jimat minyak membantu menjimatkan kocek anda.

Ciri-ciri keselamatan kereta
Kereta moden didatangkan dengan banyak ciri-ciri keselamatan. Airbags, ABS, EBD dan sebagainya. Dalam membeli kereta baru anda harus menimbangkan ciri-ciri keselamatan sesebuah kereta.

Bilangan keluarga anda
harus mempertimbangkan bilangan keluarga pada masa sekarang atau masa hadapan memandandangkan pembelian kereta adalah komitmen jangka panjang, maka haruslah berbaloi dengan pelaburan masa kini.

Nilai Jual semula (Resale value)
Anda juga harus mengambil kira nilai jual semula kereta tersebut. Ada kereta yang jatuh nilainya secara mendadak setelah hanya beberapa tahun dibeli. Kejatuhan nilai mendadak ini menyebabkan kereta anda tidak boleh dijual dengan harga baik dan menyukarkan anda untuk menukar-ganti (trade-in) kereta tersebut. Justeru, anda terpaksa mengeluarkan top-up yang banyak sekiranya anda inginkan menukar kereta tersebut kepada model terbaru.


note : selamat menambah ilmu^_^

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign