NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::bajet 2011::

16 October 2010

::bajet 2011::

okei, ada apa dengan bajet 2011 yeww..
kita highlite sket yeww yang mana berkenan

1. kebanjiran projek mega
  • Projek pembangunan Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara membabitkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat (RM5 bilion)
  • Projek transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) (RM40 bilion)
  • Perkongsian Awam Swasta (PPP) bernilai RM12.5 bilion di mana kerajaan akan menyediakan dana fasiliti berjumlah RM1 bilion (sumber malaysiakini)
2. menarik hati rakyat lebih dari hati pelabur
  • Pembekuan lima tahun kadar tol
  • Pengecualian cukai telefon bimbit
  • Diskaun duti setem untuk pembelian rumah kali pertama
  • Bantuan khas RM 500 kepada semua kakitangan kerajaan
3.  peruntukan merepek lagi banyak
  • RM 111 Juta untuk sekolah PERMATA
  • RM 500 Juta untuk pembangunan 1Malaysia
Sebelum aku menulis dengan lebih tidak terkawal, kesimpulan yang boleh dibuat, ini adalah bajet terakhir Kerajaan Barisan Nasional! Bajet adalah perkara paling penting bagi menunjukkan betapa efisyennya sesebuah kerajaan memerintah. Bagi aku yang tak ambil ekonomi pun boleh faham yang Bajet 2011 ini sangat tidak kreatif, banyak mendatangkan mudarat berbanding keuntungan, apatah lagi golongan professional. Jadi PM, peluang untuk menunjukkan kredibiliti kerajaan memerintah telah disia-siakan dengan begitu sahaja! (sangat suka dengan kesimpulan yang joe buat, haha..sangat menyokong penuh statement entri tersebut;p)

sumber : sumber sepenuhnya dari joegrimjow (klik untuk lebey info okei)

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign