NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::green tak sedap::

25 June 2010

::green tak sedap::

okei, tajuk entri bukanlah memaksudkan green tak bape sedap, tapi maksud saya sesuatu ulam hijau yang hanya digemari segolongan orang sahaja..saya tak berapa pasti adakah semua orang kenal ke tak petai??kamu kenal?? saya kenal...kamu suka?? saya suka..hehe, petai adalah salah satu ulaman yang menjadi feberet saya..bukanlah ape ianya adalah ulaman yang membuat bau mulut tidak sedap dan bau kentut lagila tidak sedap (sungguh gojes..haha, tak senonoh). Dulu, saya tak suka pom mende alah ne, tapi peristiwa membeli petai jeruk di gua musang telah mengubah pendirian saya..menyebabkan saya addicted kepada petai (tapi takdela sampai tahap uat petai celup tepung sebagai snek..itu suda lebey...ahaks) kalo ade saya layanla..ekeke

saya uat entri ne coz saya curious sgt..adakah makan petai dengan kuantiti terlalu banyak akan ade efeknye??adakah akan menyebabkan badan saya akan menjadi seiras sepapan petai dan adakah akan menyebabkan saya bertukar menjadi petai..so, saya search la sket pasal petai ne..so tak salah la saya makan banyak petai pun..see banyak kebaikan nya...

okies, da fact petai mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.Kombinasi kandungan ini mampu memberikan tenaga yang segera, namun cukup lama dan cukup besar efeknya. Kajian membuktikan dua bahagian petai mampu memberikan tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti berat selama 90 minit. Selain itu dapat juga membantu dalam penyembuhan penyakit-penyakit berikut.

Depresi
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit depresi, ramai orang merasa lebih baik setelah makan petai. Hal ini terjadi kerana petai mengandung tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Inilah yang akan membuat relax, memperbaiki mood dan secara umum membuat seseorang lebih bahagia.(patutla mood saya bahagia je minggu ne..hehe)

PMS (premenstrual syndrome)
Jika mengalami PMS, anda tidak perlu makan pil, cukup dengan makan petai. Vitamin B6 yang terdapat dalam petai mengimbangi kadar gula darah, yang dapat membantu mood.

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai dapat menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.

Tekanan darah tinggi
Petai mengandungi tinggi kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk menjauhi tekanan darah.

Kemampuan otak
200 siswa di Twickenham (Middlesex) dapat menjawab ujian dengan mudah kerana memakan petai ketika sarapan, istirehat, dan makan siang. Kajian telah membuktikan bahawa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu belajar dengan membantu siswa semakin berhati-hati.(kena praktis makan ne b4 exam..haha)

Sembelit
Kerana kandungan serat yang tinggi, maka petai akan membaiki sistem pencernaan.(patutla...fyzz, mira mention diz okei..eni tak makan petai so pewut kamu selamat..heheh)

Ubat mabuk
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan “penyakit” mabuk adalah milkshake petai, yang ditambah dengan madu. Petai akan membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan kadar gula darah yang jatuh, sedangkan susu akan menenangkan dan kembali memperbaiki kadar cairan dalam tubuh.

Kekenyangan
Petai mengandungi efek antasid pada tubuh, sehingga bila dada anda terasa panas akibat kebanyakan makan, cubalah makan petai untuk mengurangkan sakitnya.

Mual di pagi hari
Makan petai diantara jam makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.

Gigitan nyamuk
Sebelum anda mencapai krim gigitan nyamuk, cuba untuk menggosok kawasan yang terkena gigitan dengan bahagian dalam kulit petai. Ramai orang dapat mengatasi rasa gatal dan bengkak dengan cara ini.

Untuk saraf
Petai mengandung vitamin V dalam jumlah besar, sehingga dapat membantu menenangkan sistem saraf.

Kegemukan
Penelitian di Institute of Psychology Austria menemukan bahawa tekanan ketika kerja menyebabkan orang sering mencapai makanan yang menenangkan seperti coklat dan keropok. Dengan melihat kepada 5.000 pesakit di hospital, penyelidik menemukan bahawa kebanyakan orang menjadi gemuk kerana tekanan kerja yang tinggi. Laporan menyimpulkan bahawa, untuk menghindari nafsu makan kerana panik, kita perlu mengendalikan kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk mempertahankan kadar yang tetap.

ulsers
Petai digunakan sebagai makanan untuk merawat pencernaan kerana texturnya yang lembut dan halus. Petai mampu menetralkan ulsers dan mengurangkan kegatalan dengan melapisi permukaan dalam ulser.

Mengatur suhu tubuh
Banyak budaya lain yang menganggap petai sebagai buah ‘dingin’ yang mampu menurunkan suhu tubuh dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya. Di Belanda misalnya, ibu hamil akan makan petai untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu tidak tinggi.

Seasonal Affective Disorder (SAD) (jiwa kacau)
Petai dapat membantu penderita SAD kerana mengandungi tryptophan.

 Merokok
Petai dapat menolong orang yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang dikandungnya, bersama dengan kalium dan magnesium, membantu tubuh agar cepat sembuh dari efek penghentian nikotin

Stress
Kalium adalah mineral penting, yang membantu untuk menormalkan degup jantung, menghantar oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, metabolisme kita akan meningkat, sehingga akan mengurangi kadar kalium dalam tubuh. Hal ini dapat diseimbangkan lagi dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.

Stroke
Menurut kajian dalam “The New England Journal of Medicine,” makan petai sebagai bahagian dari makanan sehari-hari akan menurunkan risiko kematian kerana stroke sampai 40%

p/s:wow!!banyak kan kebaikan petai, saya pun tatau sebelom ne, so ape lagi..jom makan petai beramai-ramai..hehe

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign