NURATIKAHMAT I MALAYSIAN BLOGGER: ::SoLeDad=loneliness::

11 February 2010

::SoLeDad=loneliness::


loneliness??hmm, aku tau sesiapa pom pernah mengalami perasaan sebegitu termasuklah aku..perasaan semacam itu menyebabkan aku merasakan betapa kosong nya hidup, betapa sunyinye hari-hari yang dilalui, betapa keseorangan nya aku dalam menempuh cabaran hidup dan betapa sunyinya aku apabila tiada sesiapa yang mengambil peduli ape yang aku rasakan. Kadang2 rasa kesunyian itu datang tanpa dijemput, kadang2 juga kesunyian itu sengaja dicipta. Aku tahu, kesunyian itu wujud mungkin disebabkan luka yang pernah berparut dihati, mungkin juga disebabkan takut untuk membina kebahagiaan perasaan sendiri, dan mungkin juga masa untuk keseorangan belum sampai ke garisan penamat. Bersabarlah wahai perasaan yang kesunyian.Percayalah suatu detik nanti akan terisi kekosongan itu. Percayalah suatu masa nanti kamu akan bertemu dengan pasangan kesunyian kamu. Percayalah, DIA tidak akan membiarkan kamu keseorangan. Tetapi jangan pula membiarkan perasaan sunyi menyelubungi hidup kamu. Berusahalah selagi terdaya untuk mengisi kekosongan tersebut even jalan yang dilalui terlalu payah, pahit, sakit dan segala macam yang menghalang kamu. Berusahalah sedaya mampu, jangan biarkan perkara yang lalu menghalang kamu untuk terus berada dalam kesunyian. Berilah ia peluang, berikan peluang kepada diri kamu yang keseorangan, berikan peluang kepada perasaan kamu yang kesunyian, berikan peluang kepada jiwa kamu yang kesepian. Percayalah, lembaran baru tak semestinya sama dengan yang lalu. I believe we all have one true love somewhere in this world, i do..n i believe for every door that's closing for every heartbreak there's hope for something new..isn't rite? if u feel lonely, don't ever dare to ignore it..please pity for urself, u want something that cheer u, u need someone to sharing whatever ur feel..don't let it be a parasite in ur life...pengakhiran tinta ini, aku tujukan khas lagu soledad ne kat sesapa yang pernah kesunyian dan jugak yang dalam kesunyian.. 





2 comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~writing is therapy~ Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign